Cara urus anak ramai dengan mudah dan senang. Tips ini dikongsi oleh Puan Izyan Roslan, ibu kepada 5 orang anak.
Jadi macam mana cara terbaik urus anak yang ramai dari segi pengurusan, perbelanjaan dan kewangan?
PENAT KE ADA ANAK RAMAI
Sebenarnya masa anak kita masih kecil memang agak penat sikit, tapi tidak la terlalu penat. Sebab ibu still boleh main game kejap, main FB kejap, ada ‘me time’ dan sempat juga dating denga suami.
Sebagai ibu dan bapa kita kena pandai manage emosi, sebab kadang-kadang ada masa kita down juga. Tapi ibu pegang satu ni, kalau ibu penat, ibu pandai jaga emosi kemudian hari anak-anak pasti membesar dengan baik
Cuba Amalkan Beberapa Tips Di Bawah Untuk Mudah Urus Anak Yang Ramai:
SENTIASA INGAT ANAK ADALAH AMANAH ALLAH YANG WAJIB DIJAGA
Kami memang suka anak ramai sebab meriah. So bila Allah makbulkan doa kami, kami kena sentiasa bersyukur. Kalau tiba-tiba rasa down, memang sebagai manusia kerdil, Allah jua tempat kita mohon pertolongan.
Kita takkan mampu didik anak-anak kalau tanpa pertolongan dariNya. Ibu pernah je dulu masa twin lahir jadi stress sampai nak lari dari rumah. Tapi abahnya ajar, istighfar banyak-banyak. So ibu akan masuk bilik biarkan anak-anak nangis sekejap, istighfar dalam bilik. Alhamdulillah tak smpai 5 minit dah tenang, ibu boleh fokus balik jaga balik anak-anak.
SEPAKAT SUAMI ISTERI
Kerja rumah yang banyak dengan kain baju untuk 7 beranak memang tak mampu untuk handle sorang. So kami selalu sepakat dan masing-masing alert dan bergerak ikut keperluan semasa. Contoh ibu tengah suap makan, tiba-tiba ada air tumpah pulak, abah yang uruskan hal lagi satu.
MUDAHKAN KERJA MEMASAK
Ini tip terbaik dari suami saya! hehehe.. tq abah. Kat rumah, menu memang simple cukup sekadar 2 lauk maksima. Bukan kedekut, tapi untuk elak ibu letih uruskan bahan-bahan masakan lepas itu nak masak dan gosok kuali banyak-banyak.
Anak-anak ni goreng ayam kunyit pun boleh tambah 3 pinggan. Jadi nak lengkap zat makanan, ibu biasanya masak sup ayam, ayam paprik dan tomyam campur. Campak semua sayur dalam masakan yang satu tu. Menu ringkas, tapi semua makan bertambah-tambah.
MINIMAKAN PERABOT RUMAH
Bila anak semua lelaki, confirm semua lasak. Kalau banyak meja, banyak pulak meja derang panjat. Kalau ada pasu stress pulak ibu nak fikir pasu tu pecah ke apa.
So, cukupla barang-barang asas je ada kat rumah. Tak ada la letih sangat ibu nak kemas, nak lap habuk mahupun letih fikir barang pecah.
MINTA TOLONG ANAK-ANAK BUAT KERJA RUMAH
Ini sangat penting sebenarnya. Walaupun anak ibu abah 4 lelaki, semua diajar untuk bantu uruskan kerja rumah yang mudah. Idola budak-budak ni semestinya abah! Contoh lepas minum basuh cawan sendiri, kalau air tumpah tolong lap, tolong sangkutkan baju sidai dan tolong bersihkan sisa makanan dan mainan yang bersepah.
Secara tak langsung kita ajar anak-anak untuk menghargai ibuabah, rumah tempat tinggal dan semua benda disekelilingnya. Insya Allah bila dah kawin nanti ringan tulang tolong isteri masing-masing.
BAWA ANAK-ANAK KELUAR BERMAIN
Kadang-kadang rasa badan penat sangat tak larat. Terutama kalau hujung minggu banyak kerja rumah nak buat. Solution bawa anak-anak keluar bermain kat playground atau pun pergi padang main bola.
Anak-anak pun seronok boleh main, ibu abah pun boleh dating sambil-sambil tengok anak-anak main. Rasa rehat sikit. Alhamdulillah di Putrajaya banyak taman dan padang nak bawa budak-budak ni. View tasik pun cantik. Memang tenang.
Itu je yang dapat kami kongsikan. Semoga anak-anak kita sentiasa di bawah perlindungan ALLAH SWT dan kita diberikan kekuatan dalam membesarkan amanah Allah ini.