in

Cemburu Punca Pelajar Tahfiz Dibunuh

KUANTAN – Perasaan cemburu dalam kalangan pelajar lain yang menimbulkan pergaduhan sehingga menjadi punca kepada kematian seorang pelajar tahfiz berusia 7 tahun.

Mangsa, Muhammad Aimin Nurul Amin merupakan pelajar paling muda di sekolah tahfiz tersebut dan manja dengan pasangan suami isteri yang juga merupakan pentadbir tahfiz tersebut.

Menurut Datuk Abdul Jalil Hassan, Ketua Polis Pahang, disebabkan perasaan cemburu yang telah mengusai diri telah menyebabkan pergaduhan berlaku diantara mangsa dan suspek.

“Cemburu antara punca berlakunya perkara tidak diingini itu apabila ada rasa (perasaan) tidak puas hati dalam kalangan pelajar lain sehingga menyebabkan berlaku pergaduhan antara mereka,”

Abdul Jalil berkata, hasil daripada bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat mangsa semalam telah mendapati terdapat kesan trauma pada bahagian dada dan abdomen mangsa oleh impak permukaan atau objek yang tumpul dan keras.

“Bagaimanapun siasatan lanjut masih lagi dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Mengenai tiga suspek yang ditahan, beliau berkata, kesemua pelajar itu ditahan reman selama seminggu bermula semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Tahfiz Maut Dipukul

‘Dah lama tak jumpa, tak sangka kali terakhir lihat dia begini’

Muhammad Aimin disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Kesihatan Lanchang kira-kira jam 2 petang semalam selepas ditemui dalam keadaan lemah oleh warden asrama.

Terdapat beberapa kesan lebam di bahagian badan mangsa dipercayai dipukul oleh suspek.

Akibat kejadian itu, tiga pelajar berusia 13 tahun di pusat tahfiz terbabit termasuk abang tiri mangsa ditahan bagi membantu siasatan.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Itulah Hakikat Politik di Perak – Zahid Hamidi

Itu Bukan Gambar Peribadi Intan atau Zul: Osman Ali