in

Che Ta Kecewa Dengan Sikap Penggiat Seni

KUALA LUMPUR: “Kita seharusnya ambillah peluang ini untuk menjadikan ia sebagai salah satu cara untuk berkumpul dan menghargai semua karyawan seni di Malaysia bukannya datang semata – mata untuk menang.

“Kita seharusnya meraikan kemenangan teman seperjuangan dan turut menumpang bangga dengan pencapaian yang mereka kecapi. Itu habuan mereka. Kenapa ada yang tinggalkan dewan selepas tidak menang dalam kategori yang dipertandingkan?,” kata Rozita Che Wan.

Beliau mengakui sangat terkilan dengan “perangai” sesetengah karyawan seni dimana mereka terus meninggalkan dewan semasa saat penentuan Anugerah Skrin 2019 pada hari jumaat yang lepas. Che Ta juga berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Apatah lagi, kata pelakon Suri Katriana itu, ASK 2019 dianjurkan bagi meraikan karyawan seni yang bertungkus-lumus menghidupkan industri drama dan perfileman tempatan.

“Tindakan mereka seolah-olah tidak menghormati penganjur, pemenang yang sepatutnya diraikan, selain rakan artis yang bersusah payah berusaha memastikan acara berjalan lancar.

“Bukan selalu anugerah seperti ini diadakan, kenapa susah sangat beri sokongan? Jika rasa perkara itu membebankan, jangan datang terus.

“Beri tempat duduk itu kepada karyawan lain yang menghargai karyawan lain. Bukankah kalah dan menang itu adat bertanding? Jika kita sentiasa mahu menang, lebih baik jangan bertanding.

“Mungkin juga mereka boleh anjurkan acara anugerah sendiri. Sendiri bertanding, sendiri menang,” tempelak Rozita.

Terdahulu, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu menerusi satu muat naik di Instagram menyifatkan, persalinan kuning yang digayakannya pada malam itu mampu menutup sebahagian dewan yang kosong apabila tetamu pulang awal.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cadang Gunakan Pengadil Luar – Mukhriz

PAS Kaji Hubungan Dengan BERJASA