Check Saman Polis & JPJ Online 2019

Motif.my ingin kongsikan cara check saman Polis atau check saman JPJ sama ada secara atas talian atau secara SMS.

Adakah anda mempunyai saman tertunggak atau tidak? Bagaimana mahu menyemak samada mempunyai saman tertunggak ataupun tidak.

Pada masa ini, membuat semakan saman trafik PDRM (Polis DiRaja Malaysia), JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan Automated Enforcement System (AES) lebih mudah dan pantas.

Hal ini demikian kerana, anda mempunyai pilihan sama ada mahu menyemak secara atas talian ataupun menggunakan perkhidmatan semakan melalui SMS selain secara manual di kaunter jabatan terbabit.

Perkhidmatan semakan saman yang moden dan canggih ini dapat memudahkan para pengguna untuk menyemak jika terdapat kesalahan jalanraya yang dilakukan oleh mereka samada di jalan biasa atau di lebuhraya.

Dengan adanya inisentif ini juga dapat memudahkan mereka untuk membuat pembayaran saman.

  • Terkini : JPJ telah menawarkan diskaun saman dan kompaun JPJ sebanyak 70% selama sebulan bermula 2 April 2018 
  • Pada 17 Ogos 2018, Kerajaan mengumumkan bahawa kesemua saman AES/ AwAS akan dibatalkan iaitu saman AES/AwAS yang dikeluarkan dari tarikh mula pelaksanaan sehingga 31 Ogos 2018. 
  • Walaupun begitu, Jabatan Pengangkutan Jalan akan melaksanakan semua peruntukkan perundangan ke atas saman – saman tanpa sebarang pengurangan atau pengecualian  dan juga mengambil alih pengoperasian, pembangunan, penyenggaraan dan penguatkuasaan sistem AES/ AwAS mulai 1 September 2018

Cara – Cara Menyemak Saman Trafik PDRM JPJ AES Secara Atas Talian Dan SMS

Berikut adalah beberapa kaedah semakan saman PDRM, JPJ dan AES melalui semakan atas talian dan SMS.

Terdapat pelbagai kaedah semakan yang disediakan bagi memastikan pengguna tidak menghadapi masalah dalam membuat semakan status saman mereka.

SEMAKAN SAMAN TRAFIK SECARA ATAS TALIAN

Terdapat empat (4) portal semakan yang menyediakan perkhidmatan percuma bagi menyemak saman trafik secara atas talian seperti berikut :

 

1. Sistem Semakan Online (SSO)

  • Layari https://sso.rmp.gov.my/
  • Sila membuat pendaftaran untuk pengguna baru
  • Kepada pengguna sedia ada, hanya perlu Login masuk
  • Setelah dapat log masuk ke dalam Sistem SSO, anda perlu klik pada ikon “Status Saman”
  • Semakan saman boleh dibuat ke atas No. Kad Pengenalan atau No. Pendaftaran Kenderaan anda. 

2. MyEG Services

Laman Web MyEG adalah untuk saman yang dikeluarkan oleh PDRM, JPJ dan AES. berikut adalah langkah mudah untuk menyemak saman :-

  • Layari Laman Web MYEG.
  • Jika anda merupakan Pengguna baharu, anda perlu membuat pendaftaran sebagai pertama kali menggunakan MYEG.
  • Setelah mendaftar, Log masuk menggunakan nama dan kata laluan.
  • Jika anda merupakan Pengguna sedia ada, anda boleh terus log masuk dengan gunakan nama serta kata laluan sediada
  • Seterusnya Klik “eServices” pada menu. Pilih jabatan yang berkaitan samada JPJ atau PDRM. Bagi saman AES, sila pilih JPJ.
  • Pilih pautan yang berkenaan untuk membuat semakan saman jika terdapat sebarang saman.
  • MYEG ada juga menyediakan perkhidmatan menghantar peringatan ke email sekiranya terdapat saman baru yang dibuat oleh pengguna. 

3. Portal Rasmi JPJ

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Jika anda malas untuk mendaftar sebagai pengguna pertama kali, anda boleh menggunakan Portal Rasmi JPJ ini. Hal ini demikian kerana, anda boleh membuat semakan tanpa perlu register tetapi anda hanya boleh menyemak saman daripada pihak JPJ sahaja.

  • Layari http://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
  • Klik pada “Semakan Saman”, klik menu dropdown untuk membuat Pilihan Carian samada menggunakan NOMBOR ID SAHAJA atau NOMBOR ID DAN NOMBOR KENDERAAN.
  • Sila pilih Kategori ID dan masukkan Nombor ID sahaja ATAU Nombor ID dan Nombor Pendaftaran Kenderaan anda, disusuli dengan kod sekuriti.

Bagi bahagian yang bertanda * wajib diisi.

  • Bagi langkah terakhir, klik butang “Semak” dan keputusan semakan saman akan dipaparkan di sebelah bawah 👉🏽 “Hasil Carian” 

4. Sistem Rilek e-Services

  • Laman Sistem Rilek e-Services ini pula hanya boleh menyemak saman yang dikeluarkan oleh PDRM sahaja.
  • Masuk ke laman web 👉🏽 RILEK
  • Bagi anda yamh belum mendaftar, sila buat pendaftaran baru
  • Selepas itu, sila Logmasuk menggunakan nama dan kata laluan
  • Klik pada menu Dropdown “Search By” dan pilih kaedah semakan
  • Masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan button “NEXT”
  • Bayaran saman hanya boleh dilakukan melalui perbankan Internet Maybank, RHB dan CIMB 

LANGKAH BAGI MENYEMAK SAMAN TRAFIK MELALUI SMS

Selain daripada dapat menyemak saman melalui atas talian, semakan saman trafik PDRM, JPJ dan AESonline juga boleh dilakukan menggunakan khidmat mySMS.

Namun begitu, anda akan dikenakan caj perkhidmatan 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap setiap mesej yang diterima.

 

Berikut adalah langkah mudah untuk membuat semakan trafik melalui SMS :

Semak saman trafik sms

1.Semak Saman PDRM Melalui SMS

  • Taipkan mesej seperti berikut : POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan atau No kenderaan
  • Seterusnya, hantarkan SMS ke 15888 atau 32728.

Contoh:

 POLIS SAMAN 781110118663 atau POLIS SAMAN KMP4565

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat jawapan yang terperinci, taipkan mesej seperti berikut:

  • POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan OR No kenderaan<jarak>email
  • Hantarkan ke 32728.

Contoh :

POLIS SAMAN 910110118796 [email protected]

  • maklumat mengenai saman akan dihantar ke alamat email yang telah berikan.

semak saman jpj secara sms

  1. Semak saman JPJ melalui SMS
  • Taip : JPJ<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan atau No kenderaan
  • Hantar ke 15888.

 

Kepada mereka yang masih mempunyai saman tertunggak, diminta menyelesaikan saman bagi mengelak dari dimasukkan nama ke dalam senarai hitam PDRM atau JPJ. Selamat membuat semakan saman sama ada secara atas talian atau SMS.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×