Surat rasmi berhenti kerja atau “Resignation letter” salah satu surat rasmi yang penting. Hari ini Motif.my akan share beberapa template dan contoh surat berhenti kerja.
Artikel ini akan mengkongsikan mengenai Contoh Surat Berhenti Kerja terbaik yang mudah dan ringkas didalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris buat panduan pekerja yang berniat untuk meletak jawatan ataupun berhenti kerja.
Notis behenti kerja biasanya bergantung kepada terma dan syarat yang tercatat dalam kontrak atau surat pelantikan kerja semasa mula – mula bekerja dahulu.
Surat rasmi notis berhenti kerja hendaklah dihantar kepada pihak majikan dengan alasan berhenti samada mendapat tawaran pekerjaan yang baharu, dapat melanjutkan pelajaran, mendapat jawatan kosong di tempat baru dan sebagainya.
CONTOH SURAT BERHENTI KERJA
Dibawah ini dikongsikan beberapa contoh surat berhenti kerja dalam tempoh notis sebulan dan juga 24 jam yang mudah dan ringkas.
i) Contoh Surat Berhenti Kerja Di Pasaraya Dengan Tempoh Notis Sebulan
Halim Bin Ahmad
Pasaraya Murni SDN BHD
No. 8 Taman Seri Bahagia
05200 Alor Setar
Kedah Darul Aman
_______________________________________________________________
Puan Sarah Binti Ibrahim
Pemilik
Pasaraya Murni SDN BHD
No. 8 Taman Seri Bahagia
05200 Alor Setar
Kedah Darul Aman 15 Oktober 2018
Puan,
PER : PERLETAKAN JAWATAN NOTIS SEBULAN
Perkara di atas adalah dirujuk.
- Saya Halim Bin Ahmad bertugas sebagai Admin ingin memaklumkan kepada pihak puan mengenai perletakan jawatan saya bermula dari 16 November 2018.
- Untuk pengetahuan pihak puan, tujuan saya ingin meletak jawatan ini adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran kerja yang baharu.
- Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak puan dan juga pihak syarikat ini kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas.
Sekian terima kasih.
Yang benar
……………………….
(HALIM BIN AHMAD)
Admin, Pasaraya Murni SDN BHD
ii) Contoh Surat Berhenti Kerja Kilang bagi Notis 24 Jam
Nabilah Binti Razali
Pengurus Akaun
FvN SDN BHD
Kompleks Kilang Jalan Tani
Lot J1, Jalan Bahagia
02900 Kangar
Perlis
Hj Abas Bin Hj Mahmud
Pengurus Sumber Manusia
FvN SDN BHD
Kompleks Kilang Jalan Tani
Lot J1, Jalan Bahagia
02900 Kangar
Perlis 23 Disember 2018
Tuan,
PERKARA : NOTIS PERLETAKAN JAWATAN
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk
- Saya Nabilah Binti razali bertugas sebagai Pengurus Akaun di Syarikat Tuan ingin memaklumkan bahawa saya ingin meletak jawatan bermula 24 Disember 2018.
- Untuk pengetahuan pihak tua, saya telah mendapat tawaran di Syarikat lain dimana syarikat tersebut lebih berhampiran dengan rumah saya dan lebih memudahkan saya untuk berulang – alik.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya selama saya bekerja ini.
Sekian terima kasih.
Yang benar
……………………….
(NABILAH BINTI RAZALI)
Pengurus Akaun, FvN SDN BHD
iii) Contoh Surat Berhenti Kerja Restoran bagi Notis Serta Merta
Roslan Bin Ani
No. 3, Jalan Bijaksana
Taman Kota Bahagia
81705 Mersing
Johor Darul Takzim
Pengurus,
KFC Cawangan Mersing
Pusat Perniagaan Mersing,
81705, Mersing
Johor Darul Takzim 26 April 2018
Tuan,
PER: PERLETAKAN JAWATAN
Perkara diatas adalah dirujuk.
Saya Roslan Bin Ani bertugas sebagai pelayan restoran KFC Cawangan Mersing ingin memaklumkan mengenai perletakkan jawatan saya yang berkuatkuasa serta merta mulai 26 April 2018.
- Hal ini demikian kerana, saya telah menerima tawaran untuk menyambung pelajaran ke sebuah Universiti Awam iaitu UUM.
- Saya ingin memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku dan saya berharap pihak tuan dapat menghalalkan segala tunjuk ajar yang telah diberikan selama saya bekerja disini.
Yang benar,
……………………….
(ROSLAN BIN ANI)
iv) Contoh Surat Berhenti Kerja Dalam Bahasa Inggeris untuk Notis Sebulan
Siti Sara Binti Jamal
No 8, Jalan Dahlia
Taman Ungku Tun Aminah,
81030, Johor Bahru,
Johor Darul Takzim
Mr Henry David
HR Manager,
BCD Networks Sdn Bhd,
No, 80, Jalan Bunga
Taman Ungku Tun Aminah,
81030 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim 3rd March 2018
Dear Mr David,
RESIGNATION LETTER
this letter is a notice of my resignation from my position as a staff . I will be serving my one month notice and my last day of work will be on 2nd April 2018.
- It has been a pleasure working with you and your team over the last two years. One of the highlights of my career was collaborating with you to automate BCD Company’s accounting, financial and balance systems and setting up your accounting infrastructure.
- I would like to thank you for letting me be part of BCD Networks family. I appreciate all the things i have learned from the company and also the time and patience in training me. The experience working with BCD Networks is something that I will always treasure.
Thank you for the opportunity you had given throughout my employment. Good luck for you and your staff and also looking forward to staying in touch with you.
Sincerely
……………………………….
(SITI SARA BINTI JAMAL)
Semoga artikel ini dapat menjadi rujukan kepada anda yang ingin meletak jawatan. Motif.my mendoakan semoga anda dapat mengembangkan dan mendapat jawatan kosong yang lebih baik selepas perletakan kerja anda sekarang.