in

Cuba Seludup ‘ice’ Bernilai RM50 Juta Ke Malaysia

BANGKOK – Polis Thailand berjaya menggagalkan cubaan untuk menyeludup masuk 1 tan dadah ‘ice’ yang bernilai RM50 juta (350 juta baht) ke Malaysia, menurut Biro Penumpasan Narkotik (NSB) Thailand hari ini.

Lt Gen Pornchai Charoenwong selaku Timbalan Ketua NSB berkata, tiga suspek iaitu dua warga tempatan dimana berumur 21 dan 22 tahun manakala seorang lagi rakyat Myanmar, 35, ditangkap pada jam 4.30 pagi (waktu tempatan) di wilayah Phichit, kira-kira 330 kilometer dari Bangkok pada 10 November.

Bertindak daripada maklumat yang diperoleh, beliau berkata, polis menghentikan trak pikap yang dipandu oleh salah seorang suspek dan selepas pemeriksaan, pegawai polis menjumpai ‘ice’ dalam beratus-ratus peket teh Cina yang dibungkus dalam beg plastik di dalam kenderaan itu.

“Dadah itu dipercayai diseludup dari negara jiran ke Chiang Rai, utara Thailand dan disimpan dalam sebuah gudang di daerah Bang Pa-in di Ayutthaya. Kemudian dadah itu sepatutnya dibawa ke selatan Thailand sebelum diseludup masuk ke Malaysia.

“Kami percaya Malaysia akan dijadikan transit sebelum dadah itu dihantar ke negara lain.” katanya semasa sidang akhbar di sini.

Pornchai berkata, suspek mendakwa dijanjikan upah 100,000 baht setiap orang untuk menyeludup dadah itu. Beliau menambah, pihak polis sedang memburu dua lagi suspek, dipercayai dalang sindiket dadah itu.

“Mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap tidak lama lagi,” katanya.- Bernama

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tiga Rumah Serta Dua Kenderaan Musnah Dalam Kebakaran

Prabakaran Disuruh Letak Jawatan