in

Datuk Bandar Dipukul, Disimbah Cat

LA PAZ – Seorang Datuk Bandar di Bolivia dipukul oleh sekumpulan penunjuk perasaan semasa protes antikerajaan di wilayah Cochabamba.


Insiden tersebut telah memlibatkan Datuk Bandar Vinto, Patricia Arce itu berlaku semalam semasa kemarahan dalam kalangan penyokong pembangkang memuncak disebabkan oleh dakwaan berlakunya penipuan semasa Pilihan Raya Presiden bulan lalu.

Selain dibelasah teruk oleh penyokong pembangkang, Arce juga disimbah cat merah serta rambutnya digunting. Penunjuk perasaan kemudian mengheret wanita tersebut ke jalan dan diarak dengan hanya berkaki ayam serta dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan.

Disamping itu, pejabat beliau juga turut dibakar perusuh yang tidak berpuas hati dengan kemenangan Presiden Evo Morales.

Arce menjadi sasaran penunjuk perasaan kerana menganggotai parti pimpinan Morales, Movement To Socialism (MAS).

Bulan lalu, Tribunal Pilihan Raya Agung (TSE) mengisytiharkan kemenangan Morales tanpa perlu mengadakan kemenangan kedua, sekali gus membolehkan pemimpin berusia 60 tahun itu berkuasa untuk tempoh sepenggal lagi. – Agensi

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Natasha Ketuai Skuad Golf Negara Ke Filipina

Video Kontroversi Tak Jejaskan Peluang PH