in

Dikebumikan Dalam Keranda Jenama Teh

LEICESTER – Semasa hidup, seorang wanita di Leicester, England akan minum sehingga 40 cawan teh pada setiap hari dan selepas meninggal dunia dia telah dikebumikan dalam keranda yang mempunyai jenama teh kegemarannya.

Sebelum dia, Tina Watson menghembuskan nafas terakhir akibat masalah jantung, dia telah memberitahu bagaimana dia ingin ditanam selepas dia meninggal.

Anak perempuannya, Debs Donovan, ibunya pernah memberitahunya bahawa dia ingin dikebumikan dalam keranda jenama Typhoo.

“Ketika kami berbual semasa selepas kematian bapa tiri empat tahun lalu, dia telah memberitahu bahawa beliau ingin diletakkan dalam keranda yang menyerupai kotak gergasi uncang teh dan dia serius dengan pilihannya itu,” katanya.

Hasrat terakhir Watson direalisasikan oleh pengarah pengebumian, Paul Pender yang menyifatkannya sebagai satu permintaan luar biasa pernah diterimanya.

Watson pernah didiagnosis barah sebanyak dua kali dan kedua kakinya telah dibuang selepas digigit serangga di Sepanyol pada 14 tahun lalu.

“Ibu tidak pernah membiarkan apa-apa pun melemahkan semangatnya. Dia sering melihat sesuatu perkara itu daripada sudut positif walaupun sangat pahit,” kata Donovan. – Agensi

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Hael Terpaku Dapat Kenderaan Mewah

Penghantar Makanan Ragut Beg Tangan Wanita