Jika anda salah seorang pemilik kenderaan yang mempunyai saman atas kesalahan jalan raya dan juga kesalahan berkaitan, anda bakal diberikan diskaun sebanyak 70% bagi pembayaran saman JPJ serta SPAD sempena bulan Kemerdekaan sekarang. Motif akan kongsikan kepada anda lebih lanjut mengenai diskaun saman ini bagi rujukan anda serta bagi memudahkan anda membayar saman.
Diskaun Saman JPJ
Tawaran diskaun saman JPJ ini bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020 bakal diberikan kepada semua saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan dibawah Akta Pengankutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.
Siaran Media Diskaun 70% Pembayaran Saman JPJ & SPAD Sempena Bulan Kemerdekaan
Dibawah ini dilampirkan penyataan akhbar berkenaan diskaun 70% pembayaran saman JPJ & SPAD sempena bulan Kemerdekaan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia.
Pembayaran Saman dan Diskaun 70%
Diskaun sebanyak 70% bakal diberikan berdasarkankompuan semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah Akta yang tersebut.
Anda boleh membuat pembayaran di :
- Semua pejabat JPJ (Negeri, Cawangan dan UTC)
- Portal mySIKAP JPJ
- Kiosk JPJ
- JPJ Mobile
Nota : Kesalahan yang telah disenarai hitam, anda perlu hadir ke pejabat JPJ samada cawangan atau JPJ negeri untuk proses dikumentasi sebelum urusan pembayaran saman.
Maklumat Lanjut
Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut atau mempunyai pertanyaan berkenaan diskaun 70% pembayaran saman JPJ & SPAD Sempena Bulan Kemerdekaan ini, anda boleh hubungi JPJ atau SPAD di :
- Hadirkan diri ke kaunter JPJ / SPAD terdekat.
- 1JPJ Call Centre : 03-8315 9200
- SPAD
- Portal rasmi JPJ : JPJ
- Portal rasmi SPAD : SPAD