in

Disyaki Liwat Pelajar “Junior”, Pelajar Tahfiz Ditahan Polis

KUALA TERENGGANU – Dua orang pelajar madrasah tahfiz disyaki meliwat pelajar junior telah ditahan awal pagi tadi,

Kedua – dua pelajar yang masing – masing berusia 17 dan 15 tahun tersebut ditahan kira – kira jam 1 pagi di madrasah tersebut bagi membantu siasatan polis.

Perbuatan tidak bermoral kedua – dua orang suspek itu terbongkar apabila mangsa yang berusia 13 dan 10 tahun telah menceritakan apa yang berlaku kepada ibu bapa masing – masing, khamis yang lalu.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ibu mangsa ada menanyakan keadaan mangsa kerana mangsa ada menunjukkan perubahan sikap yang ketara, lalu mangsa menceritakan bahawa mereka telah diliwat dan menjadi mangsa seksual oleh pelajar senior di madrasah tersebut.

“Mangsa yang berusia 13 tahun mendakwa dia diliwat sebanyak dua kali oleh seorang senior berusia 17 tahun, manakala mangsa berusia 10 tahun pula mendakwa menjadi mangsa serangan seksual senior berusia 15 tahun beberapa kali,” katanya.

Oleh demikian, keluarga mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Chendering untuk membolehkan tindakan lanjut diambil.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes berkenaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Seksual Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14 (b) akta sama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jawatan Exco di Terengganu Dan Kelantan Sudah Penuh – Tuan Ibrahim

Tun M Belum Bersedia Melepaskan Jawatan PM