Ditahan kes dadah, Marshanda doakan Nia Ramadhani kuat berdepan ujian

RAKAN baik Nia Ramadhani iaitu pelakon Andriani Marshanda memberikan kata-kata semangat kepada pelakon yang kini dalam siasatan atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Marshanda menerusi laman Instagram miliknya berharap sahabat baiknya itu kuat menempuh dugaan demi diri, keluarga dan orang sekelilingnya.

“Awak selalu ada disaat saya dalam kesusahan. Saya tahu awak diuji dengan dugaan ini kerana Allah tahu awak boleh melalui.

Marshanda 2

Marshanda berkongsi perkara itu di Instagram.

“Harap awak baik-baik saja dan menjadi lebih kuat untuk diri sendiri, keluarga dan rakan yang mengambil berat tentang awak,” tulis Marshanda.

Pada Khamis, dunia hiburan Indonesia gempar dengan berita penahanan pelakon popular Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie didakwa berkaitan penyalahgunaan dadah.

Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus pada Khamis mengesahkan Nia dan suaminya positif dadah jenis Metamfetamina atau syabu menerusi ujian air kencing.

Saya tahu awak diuji dengan dugaan ini kerana Allah tahu awak boleh melalui.

MARSHANDA

PELAKON

Pasangan itu ketika ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat, Indonesia, turut mengaku mengambil dadah jenis itu sejak lima bulan lalu.

Selain pasangan tersebut, pemandu peribadi mereka turut didakwa mengambil syabu selepas ditahan terlebih dahulu oleh pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Marshanda memberitahu dia tidak pernah meletakkan kehidupannya jauh lebih baik daripada orang lain yang berdepan dengan masalah seperti rakannya itu.

Biarpun Nia melakukan kesalahan namun sebagai seorang sahabat, dia tidak seharusnya menilai kehidupan rakannya itu.

Marshanda 1

Foto Nia yang kelihatan pucat dan cengkung menjadi perhatian.

“Macam mana kelebihan dan kekurangan semua sahabat saya, tidak pernah untuk saya berasakan yang saya lebih baik daripada mereka sehingga saya nak menilai kehidupan mereka lebih atau kurang baik.

“Kerana saya juga pernah banyak kali jatuh dan bangkit semula. Tugas kita sebagai sahabat bukan untuk merendahkan atau berasa lebih hebat daripada orang yang sedang dalam kesusahan.

“Tetapi untuk menghormati proses pembelajaran setiap orang yang mempunyai jalan cerita yang berbeza,” katanya lagi.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih