Dua Tahun Lalu Hidap Kanser Tahap 4, Kini Makin Sihat Ustaz Hanafi Kongsi Tip Pemakanan Untuk Pesakit Kanser

Dua Tahun Lalu Hidap Kanser Tahap 4, Kini Makin Sihat Ustaz Hanafi Kongsi Tip Pemakanan Untuk Pesakit Kanser, ok?

Pernah dengar tentang pendakwah bebas, Ustaz Hanafi atau Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 44, yang menghidap kanser limfoma suatu ketika dahulu? Kanser beliau sudah pun di tahap empat ketika itu.

Hari ini, motif.my akan berkongsi tentang pengalaman beliau dan juga tips pemakanan untuk pesakit kanser.

Tapi siapa sangka bahawa hari ini dia semakin sihat dan terus kuat untuk melakukan aktiviti dakwahnya malah lebih giat daripada dulu.

Bercerita berdasarkan pengalamannya berdepan penyakit kanser, meski pun dugaan penyakit itu amatlah besar bagi beliau namun ujar Ustaz Hanafi dia menerimanya dengan perasaan syukur.

“Bila saya disahkan menghidap penyakit kanser saya ucap rasa syukur kepada Allah, saya sebut alhamdulillah. Kenapa? Kerana ia akan membuat jiwa kita jadi lapang, dan juga hati akan jadi tenang.

“Kenapa tidak menyebut innalillah. Kalau sebut begitu ianya baik, bagus. Tapi bagi orang-orang mukmin jiwa mereka akan redha. Orang ini apabila diberi ujian mereka akan bersyukur.

“Syukurlah walaupun diberi penyakit kanser, sebab ia mungkin jadi tiket kita untuk ke syurga. Syukurlah walau tangan dipotong, lidah dipotong, pembedahan, radioterapi atau kemoterapi, janganlah pernah kita lupa untuk bersyukur.

“Lagi sakit lagilah perlu sebut alhamdulillah. Insya-Allah sakit kita itu akan disembuhkan.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

“Selain bersyukur, kita kena sentiasa bersangka baik kepada Allah. Walau Allah beri penyakit kanser, jangan pernah tinggal solat fardhu. Walau duduk terbaring di katil sekalipun, solatlah, tak kisah di mana anda berada. Solat guna isyarat mata pun boleh, baca sekadar apa yang kita mampu.

“Ini adalah kerana perkara pertama yang dihisab adalah solat. Oleh itu jangan tinggal solat walau sakit dan lemah macam mana sekalipun,”ujarnya dalam satu perkongsian video melalui Facebook miliknya.

Tips pemakanan untuk pesakit kanser

Ustaz Hanafi melalui satu sesi ceramah beliau berkongsi tip pemakanan untuk pesakit kanser. Antaranya seperti berikut:

  1. Pagi hendaklah kite mengambil sarapan, jika tidak asid akan naik dalam perut dan ia akan menyebabkan toksik.
  2. Minum kopi sebelum makan sebab ia akan bantu untuk mengenyangkan perut. Sekiranya diambil lepas makan, semua khasiat sudah tiada lagi.
  3. Kopi hendaklah diminum di awal pagi, jangan minum di waktu malam.
  4. Makan buah-buahan sebelum makan. Jika makan buah sesudah makan, ia akan menutup salur darah dan boleh menyebabkan ianya tersumbat.
  5. Bagi mengelakkan risiko kanser disarankan pada waktu pagi amalkan minuman air seperti lemon atau epal yang masam supaya dapat membantu menukar asid menjadi alkali.
  6. Amalkan minum satu gelas air lemon selepas makan.
  7. Ketika masak bawang putih jangan dimasukkan ke dalam pengisar atau blender kerana ia akan menyebabkan khasiatnya hilang, hanya perlu ketuk untuk pecahkannya.
  8. Nasi lemak adalah bagus tapi pastikan ambil yang asas sahaja, tak digalakkan ditambah dengan lauk sotong atau kerang.
  9. Jangan beri anak makan mi atau makanan segera kerana ianya antara penyebab kanser.

Ini pula tip tambahan :

Cara masakan perlulah mudah, ikan misalnya jangan di goreng sehingga garing kerana khasiatnya akan hilang, elok distim ataupun gril saja.

Sayur lebih elok direbus tapi janganlah sampai lembik, ini bagi memastikan kandungan zatnya kekal.

Kunyit muda pula boleh diratah, kerana ia mengandungi bahan anti keradangan dan mematikan ketumbuhan.
Ikan pula pilihlah yang bersaiz kecil seperti ikan sardin, tamban, kembung. Ikan kecil tidak menarik merkuri sebagaimana ikan yang bersaiz besar.

Semoga perkongsian daripada Ustaz Hanafi ini dapat memberi manfaat buat pesakit kanser.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×