Dulu jual beg di pasar malam, kini gigih jual burger demi cari rezeki, sara isteri masih belajar – “Tak mampu bayar sewa, kami pindah rumah mak saudara”

SABAN hari kita disajikan dengan kisah-kisah rakyat negara ini yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.

Di Kelantan, seorang lelaki berusia 22 tahun tidak dapat menjalankan perniagaanya di pasar malam sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ketika saki-baki wang simpanan mula kehabisan, dia tampil dengan idea untuk berniaga burger dari rumah demi meneruskan kehidupan.

Menurut Wan Mohamad Amin Wan Mohamad Zaudi, dia pernah bekerja sebagai runner atau rider penghantar makanan sebelum mula berniaga beg di pasar malam sekitar tiga tahun lalu.

“Dulu saya bekerja sebagai runner. Namun pada 2019, Foodpanda dan GrabFood dah masuk Kelantan, memang kerja saya sebagai runner down teruk.

“Saya terpaksa jual motor RXZ untuk buat modal beli beg dan mula berniaga di pasar malam.

“Alhamdulillah sangat OK berniaga pasar malam. Bukan di Kelantan saja, saya turut pergi ke pasar malam di Terengganu dan Kedah.

“Kalau pergi negeri luar, saya biasanya akan tidur dalam kereta atau tidur di masjid,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Amin, dia yang kini menetap di Kota Bharu memulakan perniagaan burger sejak seminggu lalu.

amin3

Pasangan ini berkahwin pada Mac 2019.

Ujarnya, perniagaan baharu itu masih perlahan memandangkan tidak ramai yang tahu mengenainya.

“Sebelum ini saya sewa rumah di Kota Bharu, tapi sekarang tak dapat bayar sewa, saya dan isteri berpindah ke rumah ibu saudaranya, juga di Kota Bharu.

Memang sangat sedih, sebab saya sebagai peniaga, kalau tak berniaga, maka tiadalah pendapatan.

AMIN

 

“Baru saja seminggu kami berniaga burger di rumah. Bolehlah mulakan bisnes kecil ini dengan sedikit simpanan wang pasar malam dulu.

“Simpanan kami pun dah makin kurang. Maksimum dapat order sehari dalam 30 biji burger. Kadang-kadang lima ke enam biji saja.

“Mungkin sebab orang tak tahu lagi. Memang sangat sedih, sebab saya sebagai peniaga, kalau tak berniaga, maka tiadalah pendapatan, ” ujarnya.

Menurut Amin, dia rindukan suasana berniaga di pasar malam dan berharap ia kembali beroperasi selepas pandemik Covid-19 reda di negara ini.

amin2

Amin rindukan suasana berniaga pasar malam seperti suatu ketika dahulu.

Selain pasar malam, Amin sebelum ini turut berniaga di pasar pagi di beberapa lokasi berbeza dan hanya cuti pada hari Ahad sahaja.

“Doa saya agar Covid-19 berakhir segera. Teringat suasana meriah pasar malam, bergilir-gilir lokasi pasar malam dan pasar pagi.

“Sekarang jual burger dari rumah, memang terasa kekok sikit, tapi saya teruskan saja demi mencari sesuap nasi, ” ujarnya.

amin4

Amin mula berniaga burger sejak seminggu lalu.

Dedah Amin, dia mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Bibi Asmieyda Yusri Khan, 22, pada 30 Mac 2019.

Tambahnya lagi, dia mendirikan rumah tangga dengan wang simpanan dia bekerja sebagai runner penghantar makanan suatu ketika dahulu.

Kata Amin, isterinya kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang Kewangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kota Bharu.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih