E Penyata Gaji atau laporan E Gaji oleh ANM adalah satu sistem semakan penyata gaji atas talian. Motif.my hari ini berkongsi cara semakan E Penyata Gaji yang betul.
Berikut adalah panduan bagi semua kakitangan awam dan juga kakitangan kerajaan.
Untuk pengetahuan semua, Satu kemudahan atas talian secara percuma yang diberi nama sebagai e-Penyata Gaji telah dicipta oleh Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Akaun Negara Malaysia (ANM).
Sistem ini membolehkan Kakitangan Awam Kerajaan membuat Semakan Penyata Gaji iaitu e-Penyata/ slip gaji mereka secara atas talian.
Apabila menggunakan sistem ePenyata Gaji, kakitangan awam dapat mengakses slip gaji bulanan secara atas talian sehari sebelum tarikh pembayaran gaji kakitangan awam.
Untuk makluman pengguna sistem ePenyata Gaji, sistem ini akan menyimpan Penyata Gaji Bulanan selama 1 tahun 6 bulan atau 18 bulan dan bagi Penyata Pendapatan Tahunan hanya untuk tempoh 7 tahun terkini sahaja.
Apabila tempoh tersebut tamat maka semua maklumat tersebut akan dipadam secara automatik daripada sistem dan ini menjadi tanggungjawab kakitangan awam untuk memuat turun maklumat tersebut dan menyimpan dalam simpanan peribadi samaada dalam harddisk atau pendrive bagi kegunaan pada masa hadapan.
CARA CARA SEMAK PENYATA ATAU SLIP GAJI SECARA ATAS TALIAN UNTUK KAKITANGAN AWAM
Semakan E-Penyata Gaji secara atas talian ini ternyata sangat memudahkan serta dapat mempercepatkan proses untuk mendapatkan penyata gaji secara individu berbanding menggunakan kaedah lama yang hanya dikeluarkan sebulan sekali oleh pihak atasan.
Semakan Penyata Gaji Online
Berikut adalah panduan dan langkah – langkah untuk menyemak penyata gaji secara atas talian :
1) Pendaftaran E Penyata Gaji
Jika anda merupakan pengguna baharu, anda perlu membuat pendaftaran sebagai pengguna baharu terlebih dahulu sebelum anda dapat melayari laman web semakan ini. Sila klik “Pertama Kali Mendaftar” untuk membuat pendaftaran.
2) Menyemak Slip Gaji Secara Atas Talian
Setelah selesai membuat pendaftaran, anda boleh mula menggunakan sistem dengan log masuk menggunakan maklumat-maklumat seperti yang diminta, contoh No. Kad Pengenalan /
No. Pasport, No. Gaji, Kata Laluan dan Soalan Keselamatan
Klik masuk ke Laman ANM
Pilih Sistem e-penyata Gaji & Laporan
Kakitangan awam atau kerajaan boleh mendapatkan laporan pendapatan tahunan melalui laman web E-Penyata Gaji.
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mahu mendapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi JANM melalui email di [email protected] atau terus menghubungi talian telefon di 03-88821000.
Maklumat penting yang boleh dirujuk adalah seperti berikut :-
FAQ (Soalan Lazim) E-Penyata Gaji
Prosedur ePenyata Gaji dan eLaporan
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan memudahkan urusan anda semua.