Ebit Lew Luah Rasa Kecewa Dan Sedih, Akan Jelaskan Semua Jam 12 Tengah Hari Ini
Nampaknya semakin banyak spekulasi dari pelbagai pihak tentang Tuan Ebit Lew dan perkara tersebut sedang hangat diperkatakan di media sosial. Ada yang menyokong dan ada juga yang tidak. Perkara ini membuatkan para nitezen mula bercakap yang bukan- bukan malah ada yang mula meyebarkan pelbagai jenis andaian dan meyebabkan perbalahan antara nitizen di media sosial. Setelah dituduh dan dikatakan macam – macam , akhirnya Ebit Lew akan memperjelaskan perkara yang dipersoalkan oleh pihak-pihak yang mahukan penjelasan.
Dan semalam Ebit Lew melalui Instagram rasmi miliknya memaklumkan bahawa akan melakukan sesi siaran langsung bagi menjawab semua fitnah yang dilontarkan kepadanya dan dirasakan tidak berasas mala memburukkan lagi keadaaan . Perkara ini telah menyebabkan emosi dia dan keluarga serta sahabat terdekat terganggu akibat kenyataan dari pelbagai pihak. Beliau yang sedang giat melalukan “bantuan” di sekitar kawasan yang terjejas terpaksa juga mencuri sedikit masa unutk memperjelaskan keadaan agar semuanya kembali seperti biasa. Sepertinya beliau hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu bergaduh sesama mereka tetapi nampaknya semakin bayak “panah” yang cuba menjatuhkan beliau dan akhirnya terpaksa akur untuk membuat penjelasan.
Beliau ada menyatakan di ig live bahawa kan mengadakan sesi siaran secara langsung bersama media pada 22 julai jam 12 tengahri dan berharap agar urusan dipermudahkan serta berjalan dengan lancar agar segala spekulasi dapat diperjelaskan dan tidak megeruhkan lagi keadaan. Jadi kite tunggu lah penjelasan beliau hari ini ..
Doakan yer esok pukul 12 tengah hari saya akan live menjawab kepada semua fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadap saya.
Saya bersyukur pada Allah kerana dia Maha Baik dan Maha Besar. Saya cuma orang biasa dan pendosa. Syukur direzekikan dapat menjadi sebahagian kecil usaha kasih sayang ini. Saya diajar untuk tidak menjawab dan bergaduh dari kecil. – Tulisnya.
Ebit Lew turut menyatakan dia perlu menjelaskan perkara yang sebenar selepas ratusan ribu orang melihat fitnah yang ditujukan ke atas dirinya. Ebit Lew juga meluahkan perasaan kecewa dan sedihnya atas apa yang berlaku sehingga membuatkan arwah ayah, isteri, anak-anak dan insan tersayang menangis.
Tapi semenjak di Mesir fitnah dan kata sinis terus menimpa saya. Dari dulu lagi saya dah biasa difitnah dan dikata begini. Saya bersyukur kerana apalah sangat ujian ini. Tapi bila anak saya menangis, arwah ayah saya menangis, isteri saya menangis,isteri kepada team saya menangis. Kami cuma manusia biasa. Penat, letih dan berat ujian. Ratusan ribu orang melihat fitnah tentang saya. Hari ini masih belum habis. Pagi ni anak saya peluk saya menangis. Cukuplah.
Saya Redha pada Allah. Saya diam belum ada sepatah atau kenyataan dari saya. Makin ramai buat kenyataan tentang saya. Ini tentang saya,keluarga dan team saya.. Menyebabkan arwah bapa saya menangis. Isteri dan anak saya menangis tertekan. Saya benar-benar kecewa dan sedih. – Tulisnya lagi.
Semoga persengketaan ini akan cepat berakhir dan tidak berterusan kerana Malaysia sedang berperang dengan virus Corona dan memerlukan lebih perhatian.