EEEIUUWWW !! TAHI CICAK??GELI KAN ? JOM ELAKKAN CICAK DAN TAHI CICAK !!!

Petua Elakkan Cicak Masuk Ke Rumah

Cicak adalah haiwan kecil dan tidak berbahaya  tetapi kehadiran cicak dan tahinya dalam rumah boleh mengganggu anak-anak kecil dan haiwan peliharaan .

Jika dibiarkan , cicak akan menjadi penghuni tetap di dalam rumah dan menjadikan perabot sebagai sarang , seterusnya membiak dalam rumah.

Cara2 untuk megelakkan cicak daripada memasuki rumah :

1. Serbuk kopi

Campurkan serbuk kopi dengan serbuk tobacco dan sedikit air lalu bentukkan bulat-bulat kecil dan kemudian lekatkan pada hujung pencungkil gigi . Letakkan di sudut rumah yang gelap terutama belakang almari , perabot dan sebagainya (apabila cicak makan bahan tersebut , ia akan mati dan buangkan bangkai cicak agar tidak berbau busuk .

2. Bawang putih

Gantungkan bawang putih dikeliling rumah atau kisarkan bawang putih menjadi cecair dan masukkan ke dalam bekas semburan.

Sembur dibahagian yang mudah didekati cicak dan cicak akan lari bertempiaran .

3. Bawang besar

Hiriskan bawang besar kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam kantung lalu gantungkan di bahagian kediaman yang berpotensi didatangi cicak .

Boleh juga dikisar dan dijadikan cecair seperti bawang putih , masukkan ke dalam botol semburan lalu semburkan pada cicak .

4. Cili kering

Gantungkan sebungkus cili kering yang dipotong kecil di kawasan yang banyak cicak ( bau cili kering itu akan menyebabkan cicak lari )

5. Bela Kucing

Cicak sangat takut kepada kucing , jadi belalah kucing di rumah anda .

6. Kulit Telur Ayam

Basuh dan keringkan kulit telur ayam .

Pecahkan pada saiz yang kecil dan letakkan di mana-mana untuk mengelakkan cicak berkunjung

( cicak sangat alergik dengan mineral kulit telur ayam ) .

7. Lada Hitam

Masukkan serbuk lada hitam , serbuk cili dan air  ke dalam dalam botol spray .

Sembur dinding , tingkap dan pintu untuk mengelakkan cicak masuk dan merayap didalam rumah ( cicak tidak tahan dengan rasa pedas ) .

8. Air dan Cili Api

Ambil 4 hingga 5 biji cili padi dan bancuhkan bersama air lalu masukkan ke dalam botol spray . Kemudian spray di tempat yang adanya cicak .

Sending
User Review
0 (0 votes)