Login dan permohonan EGTukar oleh KPM disini. Motif.my memberikan anda cara dan akses untuk login dan memohon melalui sistem EGTukar KPM.
Berita baik kepada semua guru – guru di Malaysia. Untuk makluman, permohonan pertukaran guru melalui sistem atas talian EGTukar 2019 akan dibuka bermula 18 Februari.
Keputusan permohonan pertukaran ini akan dibuat secara berperingkat iaitu sesi Jun 2018 dan sesi Januari 2019 dengan sekali permohonan sahaja.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian, dimana melibatkan pertukaran antara bahagian / negeri, atau antara daerah dan dalam daerah.
Disini disenaraikan apa yang anda perlu tahu tentang bagaimana untuk memohon pertukaran tempat mengajar bagi tahun 2018.
STATISTIK PERMOHONAN PERTUKARAN GURU
Rajah dibawah merupakan statistik permohonan pertukaran guru melalui sistem eGTUKAR 2019.
Sekolah Menengah
Sekolah Rendah
TENTANG EGTUKAR
EGTukar merupakan satu sistem dimana diwujudkan bagi urusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan kategori pengguna seperti :
- Guru – Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini.
- Pentadbir Sistem – Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut tugas – tugas yang telah ditetapkan.
EGTukar boleh diakses melalui URL https://epgo.moe.gov.my/
Berikut adalah paparan halaman utama sistem tersebut.
SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON PERTUKARAN GURU?
Terdapat beberapa kriteria yang dapat melayakkan guru tersebut bertukar ke negeri yang dipohon antaranya:
- Kepentingan perkhidmatan
- Kekosongan jawatan
- Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
Namun tidak semua guru layak membuat permohonan secara atas talian.
Permohonan secara dalam talian ini hanya dibuka kepada Guru Penolong Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) sahaja.
Manakala guru – guru yang menjawat jawatan seperti berikut:
- Pentadbir secara hakiki dan Guru Cemerlang hendaklah Mengisi borang permohonan secara manual dan hantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melalui JPN atau Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP) yang berkaitan.
Untuk pengetahuan semua pemohon, keputusan adalah muktamad dan tidak boleh diubah.
Guru yang telah mendapatkan kelulusan tidak boleh membatalkan kelulusan tersebut dan perlu segera melapor diri bertugas di sekolah baharu yang telah ditempatkan.
Guru boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya ingkar akan arahan pertukaran.
Sekiranya guru gagal melaporkan diri dalam tempoh yang ditetapkan, guru tersebut boleh dikenakan tindakan berdasarkan Peraturan 4(2)(i): ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, selaras dengan arahan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat Bil. KPM. INTEGRITI(S)600-12/16 (12) bertarikh 11 Februari 2015 berkaitan dengan ketidakpatuhan pegawai terhadap arahan penempatan/pertukaran tempat bertugas.
PEMBATALAN PERMOHONAN EGTUKAR 2019
Permohonan yang telah diluluskan tidak boleh dibatalkan. Sebarang keputusan adalah muktamad.
Sekiranya guru yang telah mendapat kelulusan pertukaran ingin membatalkan permohonan eGTUKAR, sila rujuk kepada Guru Besar/Pengetua atau PPD di tempat masing – masing.
Sekiranya pemohon ingin menangguhkan tarikh mula bertugas di sekolah baharu, sila maklumkan kepada Guru Besar/Pengetua bagi mendapatkan pertimbangan ke atas permohonan penangguhan guru dimana tidak lebih daripada empat belas (14) hari dari tarikh kuatkuasa arahan pertukaran.
Untuk maklumat lanjut, rujuk soalan lazim eGTUKAR atau download manual penggunaan sistem tersebut di sini.
Sila baca surat siaran rasmi tentang pertukaran guru melalui eGTUKAR.
Untuk kemaskini maklumat guru, layari sistem eoperasi disini.