eGUMIS – Semak Wang Tak Dituntut Online 2019

eGUMIS Portal Rasmi untuk semak wang tidak dituntut eGUMIS secara online 2019. Motif.my akan kongsi cara semak wang anda yang mungkin tidak dituntut sebelum ini.

Adakah anda mengetahui bahawa anda mempunyai Wang Tidak Dituntut? Bagaimanakah cara untuk anda membuat semakan wang tidak dituntut?

Untuk pengetahuan anda, anda masih belum boleh melakukan semakan Wang Tidak Dituntut secara atas talian.

Walaupun begitu, pihak Kerajaan telah mengumumkan akan melancarkan satu sistem pada suku kedua tahun 2018 iaitu eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System.

Dengan adanya sistem ini, ia akan memudahkan semakan status wang tidak dituntut dibuat terutamanya untuk penduduk di luar bandar.

Buat masa sekarang, semakan Wang Tidak Dituntut hanya boleh dilakukan di Kaunter Jabatan Akauntan Malaysia (JANM) seluruh negeri sahaja.

Meskipun begitu, Kementerian Kewangan telah membuat inisentif lain bagi memudahkan orang ramai yang berada dalam kawasan pendalaman iaitu dengan menyediakan kaunter bergerak sebelum proses tuntutan boleh dibuat di Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Sistem Semakan Wang Tidak Dituntut (eGUMIS) Secara Atas Talian

Disini dikongsikan maklumat mengenai panduan semakan Wang Tidak Dituntut secara atas talian termasuk tarikh pelancaran, pautan applikasi semakan dan maklumat terkini mengenai Wang Tidak Dituntut.

Jika anda masih tertanya – tanya apakah maksud Wang Tidak Dituntut berikut adalah maksudnya :-

Wang Tidak Dituntut merupakan wang hang perlu dibayar mengikut undang – undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam satu tempoh yang ditetap seperti mana yang telah ditetapkan dibawah Seksyen 8, Akta Wang Tidak Dituntut 1965.

Pemegang amanah Pendaftar wang tidak dituntut, iaitu Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan menyimpan wang tersebut dengan selamat dan mengikut peraturan kewangan berkuatkuasa sehingga ianya dituntut oleh pemilik yang berhak.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Semakan Wang Tidak Dituntut Secara Atas Talian Melalui eGUMIS

Sistem eGUMIS (Electronic Goverment Unclaimed Money Information System) atau sistem semakan WTD online akan mula diaktifkan pada suku kedua 2018.

Dengan adanya eGUMIS bakal memudahkan orang ramai untuk mengakses dan menyemak status Wang Tidak Dituntut tanpa perlu datang ke kaunter JANM berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

Laman Web Applikasi Semakan

– Akan dikemaskini

Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut Di Kaunter JANM

Sementara menunggu sistem eGUMIS diaktifkan, mereka yang ingin membuat semakan Wang Tak Dituntut boleh berbuat menyemak di lokasi pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia di seluruh negeri.

  1. Datang ke kaunter JANM mengikut waktu pejabat atau masa yang ditetapkan oleh JANM berkaitan.

  2. Pastikan anda membawa dokumen pengenalan diri iaitu Kad pengenalan/ MyKad. Semakan bagi waris yang telah meninggal dunia boleh juga disemak. Pastikan anda membawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan anda dengan pewaris sebagai contoh : Sijil Lahir

  3. Serahkan MyKad atau dokumen yang berkaitan di kaunter WTD

  4. Pegawai JANM yang bertugas akan membuat semakan melalui sistem

  5. Status WTD akan dapat diketahui dalam masa beberapa minit sahaja

  6. Pegawai bertugas akan menyenaraikan senarai WTD (jika ada) dan prosedur buat tuntutan

  7. Tiada bayaran atau caj perkhidm atan dikenakan untuk membuat semakan Informasi Penting Wang Tidak Dituntut (WTD)

Dibawah ini disenaraikan maklumat penting mengenai WTD yang perlu diambil perhatian oleh pemohon.

  1. Tiada had untuk semakan atau tuntutan Wang Tidak Dituntut.
  2. Boleh dibuat pada bila-bila masa. Tiada tarikh luput
  3. Waris hanya boleh menuntut bagi pemilik yang telah meninggal dunia
  4. Tiada tuntutan minimum atau maksimum
  5. Wang disimpan selamat dalam pegangan kerajaan
  6. Perkhidmatan diberikan adalah percuma
  7. Dibayar tanpa faedah
  8. JANM tidak pernah melantik ejen
  9. JANM tidak pernah menghantar emel berkaitan perkhidmatan WTD
  10. Akauntan Negara Malaysia dilantik sebagai Pendaftar WTD
  11. Tuntutan dibayar dalam 1 bulan

Langkah untuk Membuat Tuntutan Wang Tidak Dituntut

Pegawai JANM yang bertugas akan memberikan panduan kepada anda semasa proses membuat tuntutan WTD (jika ada). Dibawah ini adalah langkah – langkah untuk membuat tuntutan ;

  1. Pemohon perlu mengisi borang tuntutan jika terdapat wang tidak di tuntut
  2. Sertakan beberapa dokumen berkaitan yang antara lain meliputi salinan MyKad, surat pengesahan bank berkenaan, penyata buku bank yang aktif untuk tujuan pembayaran balik
  3. Download Borang UMA-7
  4. Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani ; sertakan sekali Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang) / pasport pemohon bagi bukan warganegara dan juga Dokumen asal (Antaranya: buku bank /sijil simpanan tetap dan lain-lain)
  5. Salinan muka hadapan buku akaun / penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank
  6. Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun yang dinyatakan

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan semakan Wang Tidak Dituntut, anda boleh rujuk kepada dokumen di bawah ini:-

  1. Garis Panduan Mengenai Permohonan Bayaran Balik Wang Tidak DiTuntut
  2. Panduan Permohonan Wang Tidak Dituntut

Selamat membuat Semakan WTD di kaunter JANM berdekatan. Semoga sistem eGUMIS dapat dilancarkan dan dapat memudahkan semua pembaca Motif.my.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×