Elak Kuat Menangis Dan Bersedih Waktu Mengandung, 5 Kesan Buruk Kepada Bayi, ok?
Hari ni motif.my akan kongsikan tentang artikel kenapa ibu yang sedang hamil perlu elak kuat menangis dan bersedih sewaktu mengandung.
Buat ibu yang sedang hamil kan anak anda tu, disarakan untuk elak kuat menangis dan bersedih ketika sedang mengandung kerana ia akan memberi banyak kesan yang buruk kepada bayi anda di dalam kandungan itu.
Emosi yang ibu rasakan sewaktu berbadan dua juga boleh memberi kesan pada si kecil dalam kandungan. Sebab itulah doktor akan menasihatkan ibu hamil untuk menjaga emosi, jangan selalu memikirkan perkara sedih dan negatif.
Berikut adalah antara kesan kesan yang boleh berlaku ke atas bayi anda jika emosi seorang ibu yang sedang hamil kerap terganggu :
1) KESAN NEGATIF PADA EMOSI BAYI
Ianya normal jika kadang kala ibu hamil mengalami stress dan jangan risau ia tidak memberi kesan negatif kepada bayi anda. Tetapi jika stress itu berlarutan dan berpanjangan, yang itu bahaya kerana akan beri kesan negatif kepada emosi bayi anda nanti.
2) BAYI AKAN MENANGIS BERJAM JAM TANPA HENTI
Ibu yang kerap stress dan risau berlebihan akan melahirkan bayi yang mudah gelisah dan kolik yang membuatkan bayi berusia bawah 3 bulan menangis berjam jam lamanya tanpa sebarang sebab dan agak sukar untuk kita menenangkan bayi itu.
3) JANIN AKAN TERIMA BANYAK HORMON STRESS
Tubuh ibu hamil yang stress akan mengeluarkan hormon stress. Walaupun emosi seorang ibu tidak akan melalui plasenta, namun hormon akan melaluinya. Oleh itu, semakin kerap seorang ibu hamil stress, semakin banyak hormon stress akan diterima janin dalam kandungan.
4) BERISIKO TINGGI MENGALAMI TEKANAN APABILA BERUMUR 18 TAHUN
Bayi yang dilahirkan oleh ibu hamil yang mengalami tekanan stress atau kerap murung ketika mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami tekanan apabila umurnya mencecah 18 tahun dan juga boleh mengalami gangguan emosi, contoh perilaku yang agresif.
5) IBU JADI SUKAR UNTUK RAPAT DENGAN BAYI SELEPAS LAHIR.
Ibu yang selalu emosinya terganggu secara langsungnya akan menyebabkan ibu hamil tersebut tidak rapat dengan kandungannya. Oleh itu, ia akan memberi kesan kepada hubungan antara bayi dan ibu tersebut selepas lahir.
Buat ibu yang sedang hami di luar sana, ingatlah anda perlu menjaga emosi anda. Bukan pemakanan sahaja yang perlu di jaga, malah emosi diri ketika mengandung pun perlu dititik beratkan.