in

Elak Kucing Di Tengah Jalan, Dua Orang Lelaki Maut

JITRA – Kemalangan awal pagi semalam di Jalan Tanah Merah yang menyebabkan dua orang lelaki maut selepas kereta Proton Satria Neo yang dinaiki mereka telah merempuh sebatang pokok.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, dalam kejadian pada jam 3.10 pagi itu, Mohamad Irfan Rosli dan Muhammad Aswad Mokhtar masing-masing berusia 23 tahun dalam perjalanan dari arah Pekan Jitra menghala ke Kepala Batas.

Menurutnya, ketika sampai di lokasi kejadian, kereta yang dipandu Mohamad Irfan dipercayai cuba mengelak seekor kucing yang berada di tengah jalan sebelum kereta berkenaan hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta berkenaan remuk di sebelah kanan dan kedua-dua meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa tersebut telah dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tun M Belum Bersedia Melepaskan Jawatan PM

Kedah Dan JDT Mempunyai Peluang 50-50: Tunku Ismail