in

Enam Anjing Mati Akibat Diracun

Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) sedih dengan perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab dimana telah menyebabkan kematian enam ekor anjing jalanan disebabkan diracun di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

gambar hiasan

Arie Dwi Andika selaku Presiden MAA berkata, individu yang terbabit tidak seharusnya bertindak mengikut emosi hanya kerana mahu melepaskan kemarahan mereka.

Beliau berkata, walaupun berasa terancam dengan anjing yang berkeliaran, individu itu sepatutnya menyalurkan maklumat kepada wakil rakyat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mencari penyelesaian dan bukannya menggunakan jalan sendiri dengan membunuh haiwan terbabit.

“Kita tahu mereka marah dan persatuan dihubungi wakil penduduk mengatakan mereka sudah membuat aduan kepada wakil rakyat di kawasan berkenaan, tetapi tidak dilayan.

“Akhirnya, isu ini berpanjangan dan antara inisiatif persatuan adalah dengan mengadakan pertemuan bersama wakil rakyat dua minggu lalu untuk membincangkan mengenai aduan diterima.

“Walau bagaimanapun, orang ramai perlu tahu persatuan tidak mempunyai kuasa dan peruntukan untuk bertindak, sebaliknya hanya berperanan memperjuangkan nasib haiwan dizalimi.

“Penyelesaian kes sebegitu (kacau ganggu dan serangan) menjadi tugas rasmi PBT dan wakil rakyat yang perlu peka dengan masalah setempat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Oleh itu, Arie berharap supaya masyarakat faham dan tidak meletakkan kesalahan kepada persatuan sekiranya berlaku kes seumpama itu.

Pada masa sama, beliau meminta kerjasama pemilik anjing untuk bertanggungjawab dan memastikan haiwan peliharaan mereka dikawal dengan rapi.

“Ada golongan mempertikaikan peranan persatuan, namun ingin dijelaskan bahawa ada kes serangan membabitkan kes terpencil dan kebiasaannya bukan disebabkan anjing jalanan, tetapi bertuan.

“Jadi, tidak adil jika anjing lain termasuk di jalanan dihukum bunuh, berterusan diganggu dan dibuli sewenang-wenangnya.

“Jika benar anjing jalanan baka mongrel itu agresif, mengapa ada yang boleh menjinakkan dan memberi makanan kepada haiwan berkenaan?

“Oleh itu, kita harap orang ramai faham dan membuat tuntutan dengan pemilik sekiranya menjadi mangsa anjing peliharaan mereka selain membuat aduan terus kepada berkuasa,” katanya.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Isu Peralihan Kuasa Tak Pernah Dibincang Bersama Tian Chua, kata Prabakaran

Perokok Perlu Patuhi Undang-Undang