eRUMAH Johor – Borang Online 2019

eRumah Johor RMMJ borang online 2019 oleh Motif.myAdakah anda merupakan salah seorang rakyat Negeri Johor? Anda pernah tahu atau mendengar mengenai RMMJ?

Artikel ini khas untuk rakyat Negeri Johor yang ingin memiliki rumah mampu milik sendiri tetapi layakkah anda memohon eRumah Johor RMMJ?

Disini akan dikongsi syarat – syarat permohonan, cara – cara untuk memohon dan juga mengenai Borang Permohanan Rumah Mampu Milik Johor secara atas talian.

Kita semua sedia maklum mengenai rumah mampu milik ini merupakan rumah yang dibina khas untuk keluarga yang berpendapatan rendah dan juga sederhana.

Kebanyakkan negeri sudah mempunyai Program Rumah Mampu Milik mereka sendiri. Contohnya Negeri Selangor dengan Rumah Selangorku, Pulau Pinang dengan eRumah dan Perak dengan Perakku manakala Wilayah Persekutuan melalui Majlis Agama Islam WP dengan Rumah RUMAWIP.

Cara Mohon Rumah Mampu Milik Negeri Johor (RMMJ)

Pada zaman kini, Rumah Mampu Milik sangat diperlukan bagi membantu mereka yang tidak mampu untuk membeli rumah terutama di bandar-bandar besar disebabkan oleh Kos sara hidup dan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan ini sangat menyukarkan orang ramai untuk memiliki rumah sendiri.

Selain daripada RMMJ,Rakyat Johor juga boleh mendaftar Rumah Impian Sultan Ibrahim (Rumah Impian Bangsa Johor) yang telah dilancarkan pada bulan Mac 2017 yang lalu.

A. Bagaimana Cara Untuk Memohon RMMJ Secara Atas Talian?

Untuk makluman, rakyat Negeri Johor yang layak memohon rumah mampu milik Negeri Johor perlu membuat pendaftaran dan permohonan melalui atas talian SAHAJA. Sebarang permohonan yang menggunakan borang bercetak tidak akan dilayan.

Langkah 1

  • Pemohon hendaklah mendaftar akaun baru sekiranya masih belum mempunyai akaun. Pendaftaran hendaklah dibuat di “DAFTAR AKAUN SEKARANG

Langkah 2

  • Setelah selesai mendaftar, sila logmasuk ke Akaun SUKJ.
  • kemaskini akaun anda dan sila pastikan anda memberi maklumat diri yang betul dan tepat.

Langkah 3

  • Pemohon hendaklah memilih Mukim dan kategori rumah
  • Setelah selesai, hantar permohonan

Langkah 4

  • Pemohon yang layak akan diberitahu kemudian dan pemohon perlu membawa dokumen yang berkenaan bagi tujuan penawaran rumah mengikut pembangunan projek.

eRUMAH Johor RMMJ Soalan Lazim

B. Apakah Syarat Kelayakan Untuk Membuat Permohonan Rumah Mampu Milik Johor?

Berikut adalah syarat – syarat kelayakan untuk memohon eRumah Johor RMMJ, sila baca sebelum membuat permohonan:

  1. Warganegara Malaysia yang telah tinggi di Negeri Johor selama 5 tahun dan berumur 18 tahun keatas dengan pendapatan tidak melebihi RM8000 sebulan.
  2. Bujang atau telah berkahwin
  3. Satu permohonan sahaja bagi pasangan suami isteri manakala jika permohonan tersebut adalah permohonan isteri kedua atu seterusnya, pemohon perlu diisi menggunakan nama isteri.
  4. Pemohon atau pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
  5. Pemohon atau pasangan yang sudah memiliki RKR/ RKSR/ PKJ A/ PKJ B masih boleh memohon RMMJ
  6. Jika anda telah memiliki rumah kos sederhana/ mewah, anda TIDAK LAYAK untuk membuat permohonan
  7. Surat akaun sumpah beserta dokumen sokongan haruslah dihantar sendiri ke kaunter Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran, jika pemohon melebihi tempoh tersebut, permohonan tersebut automatik terbatal.
  8. Surat akaun sumpah dan dokumen sokongan tidak.boleh dihantar melalui pos.
  9. Pemohon haruslah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.
  10. Terhad kepada 1 pemilikan sahaja bagi Kedai Kos Sederhana Rendah di dalam Negeri Johor
  11. TEMPOH SAH pendaftaran Rumah Mampu Milik Johor adalah SETAHUN dari tarikh pendaftaran. Hanya maklumat tertentu sahaja boleh dikemaskini menggunakan akaun pemohon

C. Apakah Jenis Rumah RMMJ Dan Apakah Syarat Kelayakan Gaji?

1. Rumah Komuniti Jenis A

– Harga Sebuah Rumah : RM 42000.00
– Had Maksimum Pendapatan : RM 3000.00

  1. Rumah Komuniti Jenis B

– Harga Sebuah Rumah : RM 80000.00
– Had Maksimum Pendapatan : RM 5000.00

3. Rumah Mampu Milik Johor Dan Kedai Kos Sederhana Rendah

– Harga Sebuah Rumah : RM 150000.00 hingga RM 220000.00
– Had Maksimum Pendapatan : RM 8000.00

D. Baucer RM1 Ribu

Baucer RM1 ribu merupakan salah satu insentif yang diambil oleh Kerajaan Negeri Johor  bagi membantu mereka meringankan beban di dalam pembelian rumah.

Baucer ini akan diberi semasa pembeli mengambil kunci rumah yang sedia diduduki bermula 1 Januari 2015. Borang Permohonan Baucer RM1Ribu ini boleh didapati di kaunter Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan).

Borang Permohonan 👉🏽 Baucar RM1Ribu

Bayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan tuntutan yang lengkap. Untuk syarat-syarat kelayakan pula, hanya pembeli yang membeli rumah jenis Perumahan Komuniti Johor (PKJ)A, (PKJ)B dan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) sahaja layak mendapat baucar.

Baucer RM1Ribu layak diberi sekali sahaja oleh pembeli dan pasangannya.

E. Maklumat Lanjut Permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)

Dibawah ini adalah pautan pautan mengenai soalan lazim mengenai permohonan ini

Soalan Lazim Permohonan (FAQ) RMMJ

Dapatkan Manual Pengguna RMMJ Dan Lot Bumiputera di 👉🏽

Semakan Permohonan sila klik 👉🏽 Keputusan RMMJ

Adakah RMMJ Sama Dengan PR1MA?

TIDAK SAMA. Untuk pengetahuan anda, rumah mampu milik Johor atau RMMJ adalah dibawah Kerajaan Negeri Johor sepenuhnya.

Segala Penawaran rumah dibuat oleh SUKJ Bahagian Perumahan bukannya oleh pihak PR1MA dan projek dibangunkan oleh pihak pemaju dan pengguna harus mendaftar di Portal eRumah Johor.

Manakala PR1MA pula adalah dibawah Kerajaan Persekutuan sepenuhnya, dimana penawaran rumah dan pembangunan projek dibuat oleh pihak PR1MA itu sendiri.

Pengguna mestilah mendaftar di Laman Web PR1MA. Panduan permohonan di MOHON PR1MA.

F. Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai RMMJ ini, anda boleh terus ke kaunter seperti dibawah

Bahagian Perumahan Negeri Johor

Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor

Email: [email protected]

Telefon: 07-2666260 / 07-2666261/ 07-2666263

Facebook Rasmi 👉🏽 SUKJ Bahagian Perumahan

Waktu Bekerja

Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi hingga 5.00 ptg
Khamis: 8.00 pg hingga 3.30 ptg
Jumaat dan Sabtu: Tutup

ATAU

Datang ke UTC Galleria Kota Raya atau Pejabat Cawangan SUKJ Perumahan di beberapa daerah seperti berikut :-

G. Senarai Alamat Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) Cawangan Perumahan

1. Bahagian Perumahan (Cawangan Muar)

d/a Majlis Perbandaran Muar 84000 Muar, Johor.

2. Bahagian Perumahan (Cawangan Batu Pahat)

No 3, Aras Bawah, Blok A
Rumah Pangsa Batu Pahat
83000 Batu Pahat Johor

3. Bahagian Perumahan (Cawangan Kluang)

d/a Pejabat Daerah Kluang 86000 Kluang, Johor.

4. Bahagian Perumahan (Cawangan Segamat)

No 1G, Rumah Pangsa Segamat,
Jalan Dato’ Wan Idris,
85000 Segamat, Johor.

5. Bahagian Perumahan (Cawangan Tangkak)

Jalan Dataran 2
84000 Tangkak

Sending
User Review
0 (0 votes)

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.