Ahli kumpulan bermotosikal paling gan4s di New Zealand, Waitkato M0ngrel M0b menyatakan ikrar untuk memberi s0k0ngan kepada k0muniti Islam di sana dan akan melindungi masjid ketika mereka menunaikan S0lat Jumaat susulan trag3di berd4rah di Christchurch beberapa tahun dahulu.
Presiden Kelab, Sonny Fatu berkata, mereka menawarkan bantuan tersebut untuk melindungi Masjid Jamia di Hamilt0n, utara negara berkenaan.
Katanya lagi, tawaran tersebut diberikan sebagai isyarat bahawa komuniti Islam di sana bebas untuk melaksanakan ajaran agama tanpa sebarang ket4kutan.
Selain Mongrel M0b, beberapa buah kumpulan motosikal lain turut menyatakan sokongan kepada komuniti Muslim New Zealand dan menyuarakan kemar4han terhadap pelaku yang menyebabkan lebih 50 ny4wa melayang.
”Kami kekal disini meny0k0ng dan membantu saudara-saudara Muslim selama mana mereka memerlukannya.
”Kami dihubungi oleh beberapa orang wakil komuniti Islam dan mereka memaklumkan keris4uan untuk menunaikan ibadah di masjid. Jadi mereka ada meminta pertolongan dari kami untuk menemani mereka di masjid terutamanya ketika menunaikan solat Jumaat,” kata Sonny.
Dr. Asad Muhsin, Presiden Persatuan Muslim Waikato berkata pihaknya amat menghargai semua sokongan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak. Malah katanya, komuniti Muslim tidak memandang Mongrel M0b sebagai kumpulan yang gan4s.
”Kami menghormati mereka sebagai manusia dan kami bersyukur mereka memandang kami begitu juga,” katanya.
Bagaimanapun katanya, komuniti New Zealand harus bersatu-padu dan menunjukkan bahawa mereka tidak akan tunduk kepada kegan4san. Justeru katanya, kumpulan Mongrel M0b tidak akan dibiarkan berdiri di luar sebaliknya dijemput masuk ke dalam masjid untuk bersama-sama dengan jemaah.
”Tidak perlu ada ket4kutan dan kami tidak merasa t4kut. Mereka tidak perlu berdiri di luar masjid dan kami akan menjemput mereka untuk berada bersama-sama kami, di belakang imam bersama-sama jemaah,” katanya.
Selain sokongan daripada Mongrel M0b, komuniti Islam disana juga turut mendapat jaminan kesel4matan daripada pihak p0lis.
Sonny juga memberi jaminan bahawa kehadiran mereka di masjid tidak akan memberi ket4kutan kepada komuniti lain dan mereka akan berjaga tanpa menggunakan sebarang senj4ta.
”Kami secara aman akan meng4wal di sekeliling masjid, bersama-sama dengan komuniti lain, supaya mereka merasa selamat berada di sini.
”Perbezaan antara kami umpama gam yang mengikat semua komuniti dengan kuat. Lupakan apa yang sudah berlaku dan kita perlu memandang kedepan. Mari kita bersama-sama baiki kerosakkan yang berlaku dan fikirkan semula perjalanan kita selepas ini,” kata Sonny.
Sumber: Dailymail via Mimbar Raudhah