Cara Mohon Bantuan Sebanyak RM 2,700 Secara “ONE OFF” Untuk Modal Perniagaan

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

Ramai tak tahu JKM yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ada menyediakan Bantuan Geran Pelancaran (GP) untuk kumpulan sasar JKM memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan bantuan tunai sehingga RM2,700 sekaligus.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Geran Pelancaran JKM dan panduan buat permohonan.

Baca juga : bantuan bujang rm 350

KADAR BANTUAN GERAN PELANCARAN JKM

Bantuan Geran Pelancaran JKM akan diberikan kepada individu yang berkelayakan sebanyak:

  • Maksimum RM2,700 secara one-off

TUJUAN GERAN PELANCARAN JKM

Tujuan Geran Pelancaran oleh JKM diperkenalkan adalah dengan matlamat untuk:

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan bantuan Geran Pelancaran JKM dibuka kepada individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut sahaja:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Penerima bulanan JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Bantuan Geran Pelancaran JKM disediakan kepada penerima bantuan sedia ada sahaja. Oleh yang demikian, untuk MELAYAKKAN anda menerima bantuan geran padanan, anda mestilah mengemukakan permohonan bantuan JKM terlebih dahulu SEKIRANYA LAYAK.

Setelah tersenarai sebagai penerima bantuan JKM, anda boleh mengemukakan permohonan untuk bantuan Geran Pelancaran.

SENARAI BANTUAN JKM

Berikut adalah senarai bantuan bulanan JKM yang anda boleh mohon sekiranya layak:

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
    – Bantuan RM200 sebulan setiap anak (Maksimum RM1,000)
  • Bantuan Am Persekutuan
    – RM100 sebulan
  • Bantuan Orang Tua (BOT)
    – RM500 sebulan
  • Elaun Pekerja Cacat
    – RM400 sebulan
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Kerja
    – RM250 sebulan
  • Bantuan Penjagaan OKU/ Pesakit Kronik Terlantar
    – RM350 sebulan
  • Bantuan Anak Pelihara
    – RM250 sebulan

Kesemua bentuk bantuan ini adalah tertakluk kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Anda boleh semak syarat-syarat kelayakan bagi setiap bantuan JKM di pautan berikut:

PERMOHONAN BANTUAN GERAN PELANCARAN JKM

Sekiranya anda merupakan penerima bantuan JKM dan berkelayakan untuk mohon Geran Pelancaran, anda boleh kemukakan permohonan pada bila-bila masa melalui salah satu kaedah berikut:

  1. Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berhampiran; atau
  2. Buat permohonan secara online melalui Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan (eBantuanJKM)

Anda dinasihatkan untuk hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat untuk maklumat lebih terperinci. Pegawai kebajikan masyarakat akan menjalankan siasatan sebelum mana-mana bentuk bantuan dipertimbangkan kepada pemohon.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian/ Jajahan di mana permohonan dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03-8000 8000.

Selain itu, Anda Juga Boleh :

1.Layari laman web eBantuanJKM

2.Daftar permohonan mengikut negeri

 

3.Isikan nombor kad pengenalan

4.Isi borang berkaitan yang diminta

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

 

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang telah didaftarkan oleh pemohon akan dijalankan siasatan terlebih dahulu untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

PENTING!

Pemohon WAJIB hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat secara atas talian. Kegagalan menghadirkan diri ke pejabat akan menyebabkan sistem membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Dokumen Yang Diperlukan

Sila bawa dokumen berikut ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat:

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektrik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Mohon juga : bantuan mykasih johor

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×