in

Graduan Harus Berani Pertahan Pendirian – Tun Daim

KUALA NERUS – Graduan universiti haruslah berani untuk mempertahankan hak dan pendirian yang benar serta terbuka untuk memperoleh sebarang perbezaan pendapat, kata Tun Dr Daim Zainuddin selaku bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan.


Katanya, graduan tidak perlu takut untuk menyuarakan sebarang pendapat mereka kerana kesannya amat buruk kerana situasi ini akhirnya akan melahirkan generasi yang hanya tahu mengikut arahan sahaja seperti ‘lembu dicucuk hidung’.

“Untuk mencapai matlamat tersebut, universiti bertanggungjawab untuk memupuk budaya debat agar rakyat Malaysia mengenali cara terbaik dalam memberikan berhujah bagi menegakkan fakta tepat demi maruah bangsa dan negara,” katanya semasa berucap selepas menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Ke-17 hari ini.

“Hal ini demikian kerana kita inginkan generasi muda yang berani untuk mempertahankan pendirian mereka, berani mempertahankan hak golongan yang tertindas serta tidak mampu bersuara sendiri dan berani bersaing secara sihat dalam mengekalkan kemakmuran negara, bukannya bersaing untuk merosakkan apa yang sudah terbina.”

Bekas Menteri Kewangan tersebut telah menerima anugerah daripada Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah selaku Canselor UMT disebabkan sumbangan besar yang telah berikan dalam membangunkan ekonomi negara.

Di samping itu, bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) keenam, Laksamana (B) Tan Sri Dr Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin turut menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan.

Seramai 2,902 graduan termasuk 70 penerima Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana (145 penerima), Ijazah Sarjana Muda (2,591 penerima) dan Diploma (96 penerima) menerima anugerah masing-masing.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut mencemar duli hadir ke majlis itu yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sementara itu Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar berkata usaha keras semua warga universiti telah membuahkan hasil apabila pelbagai pencapaian diraih sepanjang tahun ini.

Antaranya Anugerah ‘The Best Massive Open Online Course Award’ buat kali ketiga berturut-turut sejak 2016 di International University Carnival on E-Learning, Anugerah Malaysia’s Research Star Award dan Pengiktirafan Jurnal Creme oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, serta Anugerah Akademik Negara Ke-13 bagi kategori Anugerah Pengajaran.

Sehingga Oktober tahun ini juga katanya UMT telah menerima 118 geran penyelidikan bernilai RM10.3 juta daripada pelbagai agensi dalam dan luar negara. – Bernama

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pemilik Suara Animasi Aki Meninggal Dunia

Pelajar Dirogol Di Sekolah: Tujuh Pelajar Lelaki Direman