in

Guru Hamil Cedera Ditikam Suami Sendiri

PUTRAJAYA – Seorang guru yang sarat mengandung 37 minggu cedera apabila ditikam oleh suaminya sendiri di sebuah rumah di Presint 9 yang dipercayai mengalami kemurungan.

Kejadian ini dilaporkan oleh doktor yang bertugas selepas merawat mangsa berumur 35 tahun itu pada jam 9.50 pagi di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya .

Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan berkata, wanita tersebut memandu sendiri dari rumah ke hospital selepas ditikam oleh suspek berumur 39 tahun.

Menurutnya, mangsa putus pembuluh darah akibat daripada luka di jari kiri, lengan tangan kanan, dua kesan luka di perut dan luka di belakang kanan badan.

“Mangsa juga mengadu sakit di bahagian perut dan bimbang akan kandungannya sebelum dirujuk ke Jabatan Obstetric dan Ginekologi serta Ortopedik bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Walaupun begitu, mangsa kemudiannya telah selamat melahirkan anak melalui kaedah pembedahan.

“Bayi mangsa berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Rosly berkata, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan bekerja sebagai jurutera audio di sebuah stesen televisyen

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 15 November ini,” katanya.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Video Kontroversi Tak Jejaskan Peluang PH

Nadia Brian, Muizz Nasruddin Sah Bergelar Suami Isteri