in

Hael Terpaku Dapat Kenderaan Mewah

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini, 32, terduduk dan terpaku setelah dimaklumkan bahawa Toyota Vellfire hitam berhias reben merah di hadapannya adalah hadiah daripada syarikat pengurusannya.

Wakil Virus Ungu Entertainment, Anne Farina, berkata kenderaan pelbagai guna (MPV) itu menjadi tanda penghargaan syarikat di atas segala kerja keras Hael selama ini.

Bagi memastikan Hael tidak dapat menghidu perancangan berkenaan, dia kononnya dijemput hadir ke ruang pameran syarikat kenderaan terbabit di Petaling Jaya, Selangor, semalam, atas urusan kerja.

“Kami maklumkan dia kena datang ke ruang pameran ini untuk membuat ulasan berkenaan kenderaan yang diedarkan syarikat terbabit.

“Memang dia tidak banyak soal dan bersetuju sahaja untuk melakukan tugasan itu. Beberapa minit selepas dia sampai, kami jerit ‘surprise’ dan Hael tampak terkejut serta tergamam,” katanya menerusi perkongsian di IG Story.

Istimewanya, plat kenderaan tersebut juga telah ditempah khas, yang kelihatan seakan-akan nama kedua penyanyi Jampi itu jika dirapatkan.

Bersandarkan harga pasaran semasa, kenderaan premium tujuh tempat duduk baharu itu berharga sekitar RM300,000.

Populariti Hael memuncak apabila lagu nyanyian dan ciptaannya, Jampi, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 32.

Dia mengulangi pencapaian hebat berkenaan menerusi lagu Haram, duetnya bersama Dayang Nurfaizah, pada AJL 33.

Namanya terus gah di arena penciptaan lagu dengan satu persatu karyanya memancing perhatian khalayak, terutama menerusi Anta Permana nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang dihasilkan bersama Ezra Kong.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Makan Untuk Hidup Bukan Hidup Untuk Makan – pesan Tun M

Dikebumikan Dalam Keranda Jenama Teh