in

Hakim Dukung Anak Peguam Ketika Angkat Sumpah

TENNESSEE – Semasa upacara angkat sumpah seorang peguam baharu, Juliana Lamar di Tennessee, Amerika Syarikat dan lebih istimewa apabila anaknya turut berpeluang untuk menyertai upacara berkenaan.

Baru-baru ini tular video durasi 15 saat memaparkan upacara angkat sumpah berkenaan.

Majlis angkat sumpah untuk menjadi seorang peguam secara rasmi harus dilaksanakan secara protokol, namun Juliana Lamar dibenarkan membawa anaknya. Hakim yang menyaksikan upacara tersebut ingin melibatkan anak Juliana yang dilahirkan semasa peguam itu masih lagi belajar di Belmont Universiti College of Law.

Dalam satu video yang dimuat naik pada laman Twitter, Hakim Richard Dinkins dilihat mendukung anak peguam tersebut iaitu Beckham sepanjang upacara tersebut.

“Sebelum upacara angkat sumpah itu bermula, Hakim (Richard Dinkins) berkata beliau ingin anak saya (Beckham) turut serta dalam majlis itu.

“Saya sungguh gembira kerana anak saya dapat mengambil bahagian dalam saat paling penting dalam hidup saya,” kata Juliana mengulas tindakan spontan hakim berkenaan.

Sehingga kini video itu meraih 683,000 tontonan dari netizen.

 

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

‘Itu bossmu, bukan bossku’- Azmin

‘Ada lagi gambar saya dan Intan Najuwa’ – Razrul