Hanya Tidur Atas Tanah Kerana Rumah Terbakar, Ustaz Ebit Lew Bantu Bina 16 Buah Rumah Baru

Kemuliaan dan kemurahan hati Ustaz Ebit Lew dalam membantu sesiapa saja tidak kira bangsa atau agama sememangnya dikagumi ramai. Terbaru, bagi yang masih tidak tahu, Ustaz Ebit Lew kini sedang menjalankan misi kemanusiaan di Afrika Selatan bersama pasukannya.

Menerusi perkongsian terbarunya di Facebook, beliau dan pasukannya membantu membina 16 buah rumah untuk 16 keluarga orang Zulu di sana.

Pondok atau rumah kecil mereka dipercayai telah terbakar dan mereka terpaksa tidur di atas tanah.

Ikuti perkongsian Ustaz Ebit Lew di bawah ini.

Sedih melihat ujian mereka. Saya bina 16 buah rumah untuk 16 keluarga orang zulu. 16 keluarga ini pondok atau rumah kecil mereka terbakar. Mereka tidur atas tanah. Ada yang menumpang rumah jiran. Hidup sebahagian mereka di sini terlalu susah. Sedih rasa. Terus beli semua keperluan binaan seperti pintu, tingkap, zink dan lain-lain.

Mereka terkejut masa saya kata saya akan tolong mereka bina 16 rumah ini semula. Mereka terlalu gembira.

Tak sangka dikala kita tidur lena ada orang bawa anak tidur tepi jalan atas tanah. Mereka ramai-ramai tepuk tangan dan ucap terima kasih. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Sumber: ebitlew via siakapkeli

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.