in

Harap Ada Keajaiban Dari Allah yang Maha Esa: Ali Puteh

Pelawak Ali Puteh memohon kepada orang ramai supaya mendoakan yang terbaik buat cahaya matanya, Sharifah Ainul Mardhiah yang kini hanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan selepas selesai menjalani pembedahan selama 12 jam berkaitan masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang pada Isnin yang lalu.

“Salam semua. Ini gambar pagi tadi sebelum adik Ainul operation. Kali pertama kami dapat bergambar satu famili.

“Kepada yang bertanyakan mengenai anak saya Ainul Mardhiah, jam 8 pagi masuk operation dan selesai jam 8 malam tadi. 12 jam masa menunggu terasa berat dihati.

“Anak saya mengalami komplikasi pada paru-paru dia dan sekarang hanya bergantung pada bantuan pernafasan,” kongsinya di laman Instagram hari ini.

Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, dia kini hanya berserah dan mengharapkan agar ada keajaiban yang berlaku kepada Ainul yang kini berusia tiga bulan.

“Doktor dah cuba sedaya upaya. Semuanya bergantung pada bantuan pernafasan. Harap ada sinar buat anak walid dan ibu.

“Saya harap ada keajaiban dari Allah yang Maha Esa. Minta semua doakan adik ainul kuat,” katanya yang kini sibuk dalam persaingan program Maharaja Lawak Mega 2019.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian daripada para peminat dan pengikut Ali di Instagram. Rata-ratanya memberikan kata-kata semangat buat Ali dan isteri, selain mengirimkan doa buat Ainul.

Ainul merupakan cahaya mata kedua Ali dan isteri, Melati Puteri Abdullah yang dilahirkan pada 6 Ogos lalu dan disahkan menghidap jaundis serta dipindahkan ke Hospital Ampang selepas lima hari dilahirkan.

Selain Ainul, Ali turut mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun, Sharifah Nur Aaira Qaireen.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Thailand Mahu Bawa Pulang Tiga Mata

‘Nasib Anak, Rakan Sempat Selamatkan Diri’