Susulan video milik aqil viral, video dimana mepaparkan seorang wanita dilihat memukul kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun kerana enggan makan. Turut menceritakan situasi di rumah berkenaan
Belum Sampai Setahun Alia Jadi Anak Angkat
Menerusi sebuah video baharu yang diupload oleh Aqiel, Tiktok Femes itu mengakui bahawa memang dia yang merekod video berkenaan dengan niat untuk memviralkannya disebabkan oleh tidak tahan melihat budak itu didera.
Aqiel yang bekerja dengan wanita berkenaan berkata, dia melihat kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Alia, didera dan dipukul hampir setiap kali waktu hendak makan berpunca daripada alasan yang tidak munasabah.
”Ya, saya yang merakam video itu secara senyap-senyap.
Saya dan kawan saya empat orang, duduk di rumah itu dan berkerja.
Kami dah tak tahan tengok Alia dipukul sebegitu setiap kali makan… bukan dipukul sebab nakal… Alia dipukul setiap hari hanya disebabkan makan lambat, tak nak makan, kenyang.”
Menurut Aqiel, dia dan rakan-rakan membuat keputusan untuk merakam dan menularkan video tersebut bagi mendapatkan keadilan buat alia.
Dalam pada itu, Aqiel juga memaklumkan bahawa Alia diambil sebagai anak angkat dalam keluarga tersebut kurang daripada setahun iaitu sekitar bulan Februari, tahun ini.
Selain itu, difahamkan bahawa aqiel bertindak merakam video tersebut tanpa pengetahuan majikannya sehari sebelum mereka membuat laporan polis.
Aqiel serta rakan-rakan telah mendapatkan bantuan orang luar untuk membawa mereka keluar daripada rumah tersebut dan ke balai polis untuk membuat laporan penuh.
“Semalam saya dah buat report dekat IPD Kajang, saya dan kawan saya 4 orang semua pergi sekali.
Pada pukul 4 pagi, pihak polis telah membuat serbuan di rumah pelaku dan tangkap mereka.
Saya dan kawan-kawan saya akan bertarung sedaya upaya bagi mendapatkan keadilan buat Alia.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keberanian Aqiel dan berharap agar segala urusannya dipermudahkan, selain berharap agar keadilan berpihak kepada Alia.
Sumber: TikTok Aqiel