• Keluarga
  • Portal
  • bantuan kerajaan
  • jawatan kosong
  • Gosip Artis Malaysia
Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result

Hati isteri nombor 1… Sharul Kamal tak rela bersentuhan dengan pelakon wanita dalam drama

Admin Daniel by Admin Daniel
October 25, 2022
in Gosip Artis Malaysia
0
Hati isteri nombor 1... Sharul Kamal tak rela bersentuhan dengan pelakon wanita dalam drama

SEDAR tanggungjawab seorang suami untuk menjaga hati isteri, penyanyi dan pelakon Sharul Kamal tidak rela menerima tawaran berlakon melibatkan babak romantis dan bersentuhan dengan mana-mana aktres wanita.

Shahrul atau Muhammad Sharul Amin Kamarozaman, 26, berkata, disebabkan itu juga dia lebih selesa memberi fokus kepada bidang muzik dan hanya akan berlakon sekiranya mendapat watak bersesuaian dengan syarat diletakkan.

“Memang isteri tak pernah letakkan batas tetapi saya kena sedar diri dan tahu tanggungjawab saya sebagai seorang suami.

“Isteri saya pernah beri hint tentang apa yang saya sendiri rasa apabila melihat dirinya bersentuhan dengan lelaki lain… dekat situ saya sudah boleh faham.

Sharul lebih memberi fokus dalam bidang muzik berbanding lakonan.

“Jika ada tawaran berlakon yang memerlukan sentuhan, lebih baik saya biarkan sahaja. Saya juga asalnya bukan pelakon, jadi biarlah peranan itu diberikan kepada orang yang lebih layak,” katanya kepada mStar.

Sharul berkahwin dengan Raihan Amilin, pegawai perhubungan awam sebuah syarikat rakaman, pada 1 Januari lalu.

Ketika bercakap mengenai kerjaya dalam bidang muzik, Sharul menepis dakwaan dia kurang aktif kerana lagu-lagunya tidak mendapat sambutan peminat.

Mempercayai bakat sendiri, Sharul yakin suatu hari nanti namanya akan lebih dikenali menerusi karya bermutu.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

“Ramai yang kata saya hilang dalam industri. Sedangkan saya masih aktif dalam program hiburan dan menghasilkan lagu untuk orang lain selain diri saya.

Saya juga asalnya bukan pelakon, jadi biarlah peranan itu diberikan kepada orang lain yang lebih layak

“Bukan mudah untuk mencapai tahap komersial dan menyenangkan telinga pendengar. Sebab itu saya masih mencari resipi agar lagu yang dihasilkan mendapat sambutan yang baik.

“Saya hidup dalam bidang muzik selama ini dan saya akan teruskan. Ini adalah bakat yang saya ada dan satu hari nanti orang pasti akan mengenali nama Sharul Kamal,” katanya.

Menempuh jatuh bangun dalam industri seni tidak membuatkan Sharul berputus asa kerana baginya jalan yang dipilih ini sudah diatur dengan baik untuk dia terus berjuang.

Sharul berharap karyanya akan lebih dikenali.

Walaupun lagunya kurang mendapat sambutan daripada pendengar, Sharul tetap bertahan kerana minat yang mendalam sebagai artis.

“Saya tidak pernah berputus asa kerana minat yang mendalam. Kemudian Allah pertemukan saya dengan isteri yang juga berkecimpung dalam dunia seni. Jadi jalan pun tersusun dengan baik. Percayalah dengan rezeki ini.

“Saya tidak kisah jika lagu saya tidak mencapai 100,000 tontonan. Saya akan terus membuat lagu baharu dan terpulang kepada pendengar untuk menilai,” jelasnya.

Previous Post

Nabil ‘humble’ lepak bekas tempat kerja, sikap tak sombong jadi bualan ramai

Next Post

“Perlu ke ada tarian macam ni?”- Majlis perkahwinan Sweet & Adam dikritik ramai

Admin Daniel

Admin Daniel

Next Post
“Perlu ke ada tarian macam ni?”- Majlis perkahwinan Sweet & Adam dikritik ramai

“Perlu ke ada tarian macam ni?”- Majlis perkahwinan Sweet & Adam dikritik ramai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Tambahan RM200 Buat Golongan Bujang – Semua Golongan
  • Bantuan Kredit e-Tunai RM100 Boleh Ditebus Melalui Aplikasi MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet
  • RASMI: Ini Adalah Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan
  • Jawatan Kosong Petroliam Nasional Berhad (Petronas)
  • Cara Mohon Bantuan MYKAD RM100 Setiap Bulan
No Result
View All Result

Artikel Paling Hot

  • About Us
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Term Of Use

© 2023 Motif Media

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Term Of Use

© 2023 Motif Media

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×