Hentikanlah Tradisi Banding-Banding Anak/Cucu. Setiap Manusia Ada Kelebihan Masing-Masing

“Mika ni lagi bijak dari Arisa kan, pandai betul dia” “Mika ni lebih putih dari Arisa” biasanya perbandingan ini dibuat apabila kedua-dua mereka bermain bersama, si ibu yang mendengar perbandingan ini pastinya kecewa, terasa hati dan sedih. Mana ada inbubapa yang suka apabila anak dibandingkan dengan anak orang lain. Lebih-lebih lagi jika yang dipuji bukan anak sendiri.

Tak kurang juga ada ibu bapa sendiri yang kerap membanding-bandingkan kelebihan anak-anak mereka sendiri. Yang kurang dalam segala hal pasti dimarah-marah dan sering diperli itu dan ini. Yang pandai dan cantik pastinya dipuji dan ditantang bagai minyak yang penuh. Dan semestinya, ini semua akan memberi impak dalam kehidupan anak-anak pada masa kanak-kanak dan menjadi tidak mesra apabila dewasa . Anak- anak akan merasa jauh dan tersakiti apabila sering dibanding. Sedangkanorang dewasa jug tidak suka akan perkara itu. inikan pula kanak-kanak yang jiwanya masih kecil.

Perbandingan yang sering dilakukan dalam keluarga:

Ibubapa membanding-bandingkan

Antara anak dengan anak
Antara anak dengan anak saudara
Antara anak dengan anak jiran
Antara anak dengan anak rakan
Antara anak dengan rakan anak
Antara anak dengan diri ibubapa ketika seusia anak

Datuk nenek membanding-bandingkan

Antara cucu dengan cucu
Antara cucu dengan cucu orang lain

Sebarang bentuk perbandingan tidak membantu anak dan cucu untuk memperbaiki kelemahan diri. Apabila perbandingan dilakukan, apa yang dilihat hanyalah kekurangan anak berbanding kelebihan orang lain sedangkan anak juga mempunyai kelebihan tertentu yang semestinya tidak dimiliki oleh orang lain. Dan terkadang kelebihan itu sengaja tidak ingin diakui oleh ibu bapa kerana kelebihan itu bukan yang ibu bapa mahukan.

Perbandingan adalah cara yang paling tidak kreatif dan tidak produktif dalam proses keibubapaan. Ia hanya mewujudkan rasa “I am good for nothing” dalam diri anak-anak dan kemurungan yang berpanjangan dalam diri anak-anak.

Dan anak akan mula menjauhkan diri dan memberontak. Mereka akan merasa tidak diperlukan dan tidak disayangi akibat sikap segelintir orang dewasa yang tidak matang ini. Terkadang banyak kanak-kanak yang bermasalah adalah kerana sikap ibu bapa yang tidak memberi perhatian terhadapnya. Air mata anak yang tersakiti seperti ini bole menjadi luka yang parah dalam hati mereka jika asyik disuakan dengan perbandingan berkali-kali

Berila peluang dan bantu anak untuk menjadi versi terbaik dirinya sendiri dan hargailah kehadiran anak itu kerana mereka adalah rezeki yang diberikan untuk dijaga dan didik dengan baik. Sesungguhnya anak itu mampu menjadi pendamping untuk ib bapa berkasih sayang hingga ke hujung nyawa.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.