IKAN SIAKAP 3 RASA DENGAN MANGGA BUKAN NENAS YA.

Bile musim mangga datang , memang banyak la mangga kat kampung ni. Berjurai-jurai atas pokok, dah tak tahu nak buat ape dengan mangga ni. Macam- macam dah buat, jeruk la , sambal mangga , ni kite cube masak 3 rasa pulak gantikan nenas sebab nenas xde sekarang.


Bahan-bahannya:
Ikan siakap / kembung besar sekor
Cili kisar 4 sudu
Bawang kecil 3 biji(dihiris)
Bawang putih 2 ulas(dihiris)
Bawang besar sebiji (Dihiris)
Mangga muda / separa masak (potong dadu)
Lobak (potong dadu)
Tomato sebiji (potong dadu)
Garam secukupnya
Gula 3 sb
Air secawan
Rencah Cukup rasa
Kuib ikan bilis 1/2 kiub
Sos cili

Cara masaknya:
1)Mula-mula lumur ikan dengan garam dan kunyit. Lepas tu lumur dengan tepung jagung, kalau tiada tepung gandum pon boleh. Goreng sampai garing, nak elak melekat. Letakkan asam keping masa masak (untuk hilangkan bau hanyir).


2)Tumis bawang kecil dan bawang putih sehingga naik bau. Tambah cili kisar dan masak sehingga naik minyak.
3)Tuangkan air secawan, tambah cili sos, cube ikan bilis, tomato, mangga, bawang besar dan lobak.
4)Kemudian,boleh la tambah perisa cukup rasa, gula dan garam.
5)Apabila sos dan siap masak, boleh la tuang pada ikan.

siap untuk dihidangkan bersama nasi panas adan telor dadar..

p/s:bole guna ikan apa sahaja asalkan goreng dahulu sebelom dituangkan sos , barula sedapppp..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.