iMASCU UPU Online
in

iMASCU – Semak Kelayakan UPU Online iMASCU

Motif.my ingin berkongsi mengenai iMASCU, sebuah portal rasmi kerajaan untuk semak dan apply UPU Online atau secara atas talian.

Pasti kebanyakkan pelajar lepasan SPM 2017 kini sudah mula berfikir untuk memohon Universiti Awam atau IPTA serta Politeknik Premier yang diinginkan melalui Permohonan UPU secara atas talian bagi sesi 2018-2019.

Pada zaman yang serba maju ini, pemohon boleh menyemak samaada program pengajian dan institusi pendidikan yang diingini itu layak dimohon atau tidak melalui semakan syarat kelayakan akademik melalui iMASCU.

Melalui sistem SEMAK SYARAT, paparan akan menunjukkan senarai program pengajian dan senarai Universiti Awam / IPTA yang layak dimohon oleh pelajar berdasarkan kepada keputusan SPM tahun semasa.

Sistem Semak Syarat iMASCU adalah Applikasi semakan yang dicipta oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi dan UPU untuk membantu pelajar dalam membuat permohonan kursus pengajian yang bersesuaian.

Dengan adanya sistem ini, pemohon dapat mengelakkan daripada memohon bidang pengajian yang diluar kelayakan akademik.

iMASCU UPU Online

Cara Semak Syarat Kelayakan Kemasukan UPU Melalui iMASCU Online

Umum mengetahui bahawa permohonan UPU untuk kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti telah dibuka sejak 5 Februari 2018 dan akan ditutup pada 10 April 2018.

Kepada pelajar yang masih rungsing untuk memilih program pengajian yang bersesuaian dengan keputusan akademik anda, Sistem Semak Syarat dapat membantu.

Pemohon dapat menyemak syarat kelayakan permohonan UPU termasuk semakan kelayakan pelbagai program pengajian di Universiti Awam merangkumi Program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Berikut langkah langkah mudah unyuk membuat semakan syarat kelayakan permohonan UPU melalui sistem semak syarat iMASCU.

Semakan ini merangkumi kelayakan akademik sahaja. Anda boleh membuat semakan program pengajian yang anda layak di UA dan Politeknik Premier berdasarkan kepada keputusan SPM yang anda perolehi.

Langkah untuk membuat semakan:

  1. Layari 👉🏽 Laman iMASCU : Sistem Semakan Syarat UPU

  2. Isikan maklumat peribadi yang diperlukan oleh sistem semakan.  Antara maklumat pelajar yang perlu diisi adalah : 12 digit No. MyKAD, nama pelajar, email, no. Telefon dan pilih kategori 👉🏽 STPM atau SPM

iMASCU

  1. Isikan keputusan peperiksaan yang diperoleh mengikut mata pelajaran.

iMASCU Pilih MataPelajaran

  1. Klik butang “teruskan” dan baca terma dan syarat penafian seterusnya tick SAYA SETUJU

iMASCU Penafian

Penafian

Kemudahan semakan melalui portal iMASCU adalah berdasarkan kepada syarat minimum kemasukan ke Universiti Awam/ Politeknik Premier.

Calon perlu memenuhi syarat am dan syarat khas kemasukan ke program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam/Politeknik Premier dan ia juga tertakluk kepada keputusan ujian khas atau temuduga bagi program pengajian tertentu.

Semakan ini merupakan garis panduan kepada calon untuk membuat pilihan kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik Premier dan ianya tidak menjanjikan sebarang tawaran tempat jika calon melepasi syarat am dan khas kerana pemilihan adalah berdasarkan prinsip meritokrasi.

Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan apa-apa maklumat atau bahan yang diperolehi dari portal semakan

  1. Sistem akan menunjukkan kelayakan pemohon untuk memohon jurusan yang ditawarkan di Universiti Awam

iMASCU Semak Keputusan

–  Senarai Universiti Awam/ Institusi yang pelajar layak memohon akan dipaparkan.

– Pilih mana – mana Universiti Awam yang tertera pada sistem  bagi melihat program yang layak dipohon oleh pemohon seperti grafik dibawah :

Maklumat Penting Mengenai Semakan iMASCU

  • Pelajar lepasan SPM dikehendaki bagi mengisi maklumat mata pelajaran yang diambil beserta gred yang diperoleh dalam peperiksaan SPM sebenar. Namun begitu, pemohon juga boleh menggunakan keputusan peperiksaan percubaan untuk Fasa Pertama Permohonan.

  • Semakan menggunakan sistem ini akan dapat dipaparkan selepas anda bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dipaparkan dalam mesej pengesahan Pop-Up.

Semakan Syarat Kelayakan Kemasukan Ke UiTM Dan Politeknik

Untuk makluman pemohon, selain daripada sistem iMASCU, pemohon yang ingin melanjutkan pelajaran ke UiTM dan Politeknik Premier/ Konvensional boleh membuat semakan syarat kelayakan menggunakan sistem dibawah 👉🏽

-Sistem Selangkah UiTM

– e-Semak Politeknik


Maklumat Lanjut Sila Hubungi

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai iMASCU, anda boleh menghubungi UPU di

  • Talian helpline (03) 8870 8200.

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja (isnin – jumaat) bermula dari jam 8.00 pagi – 5.00 petang.

  • Layari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/
  • Facebook Rasmi UPU
  • INSTAGRAM @kemasukanbpkp
  • TWITTER @twt_upu

Untuk makluman, SISTEM MAKLUM BALAS telah disediakan bagi membolehkan pelajar untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai permohonan UPU Online.

Pemohon  boleh mengutarakan pelbagai pertanyaan dan masalah yang dihadapi. Sistem ini dapat diakses di pautan ini 👉🏽 https://online.mohe.gov.my/upu/maklumbalas

Semoga dengan adanya iMASCU ini dapatlah membantu pemohon membuat keputusan yang lebih tepat.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Adam

Adam mempunyai disiplin tinggi dalam penulisan. Setiap berita dan artikel ditulis dengan penuh teliti dan fakta. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Adam di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

EGTukar KPM

EGTukar – Login & Semakan Permohonan (KPM)

jom masuk tentera

Jom Masuk Tentera 2019 – ATM