Inilah 3 Doa Nabi Sulaiman Kaya Raya Hingga Menjadi Raja Dunia

Inilah 3 Doa Nabi Sulaiman Kaya Raya Hingga Menjadi Raja Dunia, ok?

Nabi Sulaiman adalah seorang Nabi yang dianugerahkan oleh Allah dengan kekayaan yang melimpah ruah. Selain kayanya Nabi Sulaiman, baginda juga dikenali sebagai sebagai Raja segala makhluk.

Kerajaan Nabi Sulaiman amatlah besar. Istananya pun megah, berlapiskan dengan emas dan juga permata. Selain diberikan kekayaan, Nabi Sulaiman juga dikurniakan mukjizat iaitu baginda dapat faham dengan bahasa haiwan dan juga dapat berbicara pada jin, serta dapat menundukan keduanya.

Segala harta benda yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman semasa hidupnya tentu tak lepas dari kuasa Allah SWT. Doa-doa yang dipanjatkan oleh Nabi Sulaiman telah dikabulkan oleh Allah sehingga beliau dapat memiliki semua yang beliau inginkan.

Pada zaman sekarang ramai yang ingin kembali mengamalkan doa-doa nabi Sulaiman tersebut dengan pelbagai tujuan, misalnya untuk mengharap rezeki yang luas dan kekayaan, menyembuhkan orang kesakitan, atau untuk menundukan haiwan yang buas.

Oleh sebab itu, artikel kali ini motif.my akan berkongsi doa-doa tersebut untuk dapat anda baca dan juga amalkan. InsyaAllah.

1.Doa Nabi Sulaiman Untuk Kekayaan

Doa Nabi Sulaiman ini adalah doa yang digunakan untuk memohon di permudahkan pencarian rezeki dan untuk kekayaan. Jika pada saat ini anda sedang mengalami kesulitan hidup, atau sedang mengharap agar kewangan Anda lebih baik, maka amalkanlah doa agar rezeki lancar seperti yang terdapat dalam QS Shaad ayat 35 berikut ini.

Artinya: Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.

Doa tersebut boleh diamalkan setiap kali selepas menunaikan solat fardhu. Namun, akan lebih baik lagi ketika menunaikan solat Duha dan membacakan doa Nabi Sulaiman tersebut setiap hari.

Akan tetapi, semua doa tersebut harus diiringi dengan ikhtiar, usaha, dan kerja keras dari Anda kerana tidak mungkin kekayaan itu boleh jatuh dari langit tanpa usaha anda sendiri. Doa adalah sekadar munajat yang dapat membantu melancarkan datangnya rezeki.

2.Doa Nabi Sulaiman Untuk Menundukan Haiwan dan Mengusir Jin

Seperti yang tercatat dalam sejarah kehidupannya di dalam Al-Qur’an, Nabi Sulaiman semasa hidupnya dikurniakan dengan mukjizat dapat berbicara dan mengerti bahasa haiwan dan juga jin.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Mukjizat Nabi Sulaiman tersebut sangat bermanfaat dalam kemudahan beliau untuk syiar dan dakwahnya. Dengan mukjizat itu, semua haiwan serta semua jin yang ada di muka bumi tunduk terhadap perintah dari beliau.

Bila Anda ingin memiliki sedikit karamah dari mukjizat Nabi Sulaiman tersebut, amalkanlah doa seperti berikut yang terdapat dalam QS An-Naml ayat 30 dan 31: doa nabi sulaiman doa penunduk haiwan, wanita, dan jin.

Ertinya : Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu berlaku sombong terhadapku, dan datanglah kepadaku sebagai orang yang berserah diri. Doa di atas boleh juga dibacakan untuk mengubati orang yang kesakitan.

Bacakan doa pengusir jin ini pada telinga kanan orang yang sakit sambil menekan jempol kaki kanan dan kirinya, insya Allah jin yang merasuk tubuh orang tersebut akan keluar dengan sendirinya.

Doa ini sudah pun banyak dibuktikan dan ianya terbukti makbul. Oleh kerana itu, hafalkanlah doa ini. Selain untuk mengusir jin, doa Nabi sulaiman di atas juga dapat digunakan bagi menjinakkan binatang.

Jika anda bertemu ular liar atau binatang buas lainnya sehingga anda berada di dalam bahaya, bacalah doa ke atas binatang merbahaya itu seraya berpasrah diri kepada Allah. Insya Allah, haiwan liar itu akan pergi dan tidak mengganggu anda lagi.

3.Doa Nabi Sulaiman dalam Bersyukur

Kekayaan, mukjizat, dan kekuasaan yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Sulaiman tidak sedikit pun menjejas keperibadiannya. Beliau selalu berdoa kepada Allah agar dapat selalu menjaga amanat dan kudratnya sebagai makhluk ciptaanNYA.

Beliau juga selalu bersyukur dan meminta agar ia tergolong orang-orang yang sentiasa bersyukur. Dan kerana itulah Allah kemudian pertambahkan lagi nikmat-nikmat kepadanya.

Sebagai seorang muslim, ada baiknya jika kita mencontohi sikap Nabi Sulaiman dalam bersyukur terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada kita. Kerana semakin kita bersyukur kepada Allah, maka Allah akan semakin menambahkan nikmat dalam kehidupan kita.

Bacalah doa nabi Sulaiman untuk bersyukur ini sebagaimana terdapat dalam QS An-Naml ayat 19. Doa Nabi Sulaiman dalam Bersyukur.

Ertinya : Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk selalu mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau beri kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh.

Demikianlah beberapa doa Nabi Sulaiman yang dapat kami kongsikan kali ini. Semoga dengan mengamalkan doa-doa tersebut secara ikhlas dan berserah diri, apa sahaja yang menjadi keinginan Anda dapat dikabulkan oleh Allah SWT. Amin Allohumma Amin.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×