Isteri Kena Ambil Tahu No Pin Kad ATM, Password Handphone Suami & Dokumen Penting Lain, ok?
Bila da berumah tangga ni, suami isteri perlu banyak bekerjasama, tidak kiralah hal di rumah, hal anak anak ataupun masalah di tempat kerja. Bekerjasama macam mana tu? Antara nya adalah suami isteri perlu mengambil tahu dokumen apa yang di ambil oleh pasangan atau polisi apa yang di ambil pasangan kita.
Bukan niat untuk nak masuk campur atau apa, tetapi ini adalah sebagai langkah persediaan jika berlakunya perkara yang tidak diingini. Secara contoh, suami meninggal akibat dari kemalangan secara tiba tiba.
Jika segala dokumen dan rahsia dokumen telah disimpan secara sempurna dan di ketahui oleh isteri, maka banyak proses akan jadi lebih mudah. Kebajikan isteri dan anak-anak lagi mudah terjamin. Perlulah kita ingat bahawa kita masih ada tanggungjawab untuk menjaga anak-anak selepas ketiadaan suami nanti.
Jadi, motif.my nak share perkongsian dari seorang saudara ni, Wan ammar. Jemput baca ya!
Saya nak berkongsi tentang cerita ex client rakan saya. Mana yang boleh di ambil sebagai pengajaran tu, ambil sebagai teladan.
Hari ni wife kepada ex client saya call. Dia nak tanya berkenaan claim insurans polisi suami (exclient) dia.
Rupanya suami dia sudah 5 hari meninggal dunia. Akibat kemalangan motor besar. Meninggal di tempat kejadian, cedera di bahagian kepala.
Berdasarkan cerita daripada wife dia, wallet dan phone arwah telah pun dijumpai, tapi duit cash dalam wallet arwah tiada langsung. Berkemungkinan ada orang ambil kesempatan mencuri dalam keadaan sibuk semasa nak tolong arwah yang accident tu.
Di sebab kan arwah suami dia meninggal accident, maka polis mengambil jenazah dan hantar ke hospital untuk post mortem.
Wife dia berasa ralat sangat sebab tak dapat untuk unlock phone arwah. Sebab tak pernah tahu pin code phone arwah, jadi dia tak dapat nak bagitau kawan-kawan arwah yang dalam contact phone mengenai arwah.
Si wife, bukan setakat tak tahu pincode telefon arwah, malah wife langsung tak tahu no pin kad-kad ATM arwah untuk dia keluarkan duit bagi menguruskan belanja mengejut urus jenazah balik ke kampung arwah suami. Mujur ada bantuan sedekah dari keluarga yang ada.
Hari ni sudah 5 hari arwah meninggal, abg arwah sudah mula bertanyakan tentang rumah dan harta peninggalan arwah (Kwsp). Si wife betul-betul sangat ketakutan kalau rumah yang dia duduk jadi rebutan adik-beradik arwah. Sebab wifenya dah takde tempat lain untuk pergi jikalau kena keluar dari rumah tersebut.
Berbalik pada punca asal wife arwah itu menghubungi saya, bertitik daripada wifenya yang terjumpa sijil takaful dengan businesscard saya pada kulit sijil. Dia sangat berharap ada berita baik yang boleh dia dengari dari buku sijil takaful yang dia jumpa itu.
Pahit untuk si wife terima, saya terus-terang memberitahunya yang tak boleh claim apa-apa langsung. Sebab sijil takaful arwah sudah hampir setahun lapse. Dan saya masih ingat lagi apa punca lapse sijil arwah, sebabnya dia nak stop sebab rasa rugi duk bayar, maka dia stop bayar sampai la jadi lapse. Saya juga ada remind arwah sebelum lapse lagi tentang hilangnya coverage kalau da lapse nanti, tapi dia bagi saya blue tick sahaja.
Seperti yang saya jangkakan, wife arwah macam tidak dapat terima jawapan daripada saya. Sampai dia cakap pada saya
“kenapa encik tidak inform saya yang dia tak bayar.”
Lepas saya cool kan dia, baru suara dia pasrah. Saya beritahu dia beberapa cadangan untuk bantu dia
1. Pergi ke kwsp untuk membuat tuntutan kwsp arwah
2. Call socso semak apa yang boleh di tuntut
3. Kumpul dokumen buku simpanan pelaburan dan juga kad bank
Dan saya dengar jawapan yang tidak berapa best untuk didengari…
“Saya sebenarnya tak pandai drive kereta. Nak pergi ke sana dengan 2 anak kecil sangat susah untuk saya. Saya kalau boleh nak selesaikan cepat tapi tu la…”
Saya betul-betul tidak tau nak cakap macam mana dah lagi. Rupanya wife arwah tidak bekerja dan semua urusan selama ni arwah suami dia je yang buat.
Hampir 15 minit cakap dengan dia, call ditamatkan dengan si wife seperti sudah pasrah dengan musibah yang menimpa.
Saya nak pesan pada korang
1. Kita semua akan mati. Cuma tak tau bila ajal akan tiba. Datangnya mungkin mengejut.
2. Pincode phone, pin ATM sepatutnya diketahui ahli keluarga yang terdekat.
3. Ahli keluarga perlulah maklum kat mana simpanan dokumen2 penting kita.
4. Kalau ada buat takaful, beritahu ahli keluarga kita.
5. Kalau dah berhenti caruman takaful, pun perlu bagitau ahli keluarga.
6. Ada masalah bayaran takaful, bagitau agent, kalau tinggalkan bluetick aja tidak akan selesai masalah.
7. Para isteri perlulah bersedia untuk kehilangan suami. Certain perkara isteri perlu belajar berdikari contohnya driving.