“Isteri Saya Masuk Islam Bukan Kaum..” Maryam You Narae Dipaksa Berpantang Ikut Adat Melayu

Selebriti media sosial dan juga YouTuber terkenal, Ryzal Ibrahim nampaknya menulis di Ig miliknya untuk memohon agar orang ramai supaya menjaga tutur kata dan tidak memaksa isteri tersayang, Maryam You Narae agar berpantang seperti adat Melayu selepas bersalin.

Ryzal yang menamakan anaknya sulunynya dengan nama Rina iaitu singkatakan nama rizal dan narea menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya berkata demikian dan menegaskan bahawa isterinya , Maryam yang juga asalnya dari warga Korea hanya menukar agama kepada Islam dan bukannya menukar kaum kepada Melayu.

Maryam yang sebelum ini telah selamat melahirkan anak sulung mereka, Rina masih lagi dalam proses berpantang mengikut kaedah tradisional dan turut dipantau oleh sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berpantang.

Assalamualaikum, Maryam atau nama sebenarnya You Narae, iaitu seorang wanita warga Korea. Isteri saya bukan Melayu, bukan Cina dan bukan India. Budaya negara lain tidak diwajibkan untuk dia ikuti (amalkan).Isteri saya peluk Islam atau erti kata lain tukar agama dan bukannya tukar budaya. Jadi, janganlah paksa orang menerima budaya bukan miliknya.

Jelasnya lagi, isterinya itu masih lagi berpantang mengikut amalan tradisional seperti bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang dan itu sudahpun memadai bagi dia.

Sehubungan dengan itu, Ryzal menzahirkan perasaan hairan apabila amalan berpantang yang diamalkan kaum Melayu seolah-olah diwajibkan juga ke atas kaum lain walaupun berbeza budaya.

Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum (jadi Melayu). Budaya dan warisan keluarga di Korea masih miliknya walaupun dia seorang Muslimah atau saudara baharu (mualaf).

Pemilik saluran YouTube DurianKimchi itu kemudiannya meminta agar netizen tidak memaksa Maryam mengikuti apa yang bukan menjadi amalannya asalkan tidak melanggar hukum Islam.

Sekadar info, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos 2019 setelah setahun mengenali hati budi masing-masing ketika berada di Korea Selatan. Admin juga merasakan amalan berpantang ini bukanlah sesuatu yang erplu diikuti satu persatu , ianya mebgikut keselesaan pada wanita tersebut namun harusla menjaga diri dan makan agar tubuh sihat serta cerga selepas berpantang.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih