in

Isu Peralihan Kuasa Tak Pernah Dibincang Bersama Tian Chua, kata Prabakaran

KUALA LUMPUR – Desakan 14 badan bukan kerajaan (NGO) yang meminta P Prabakaran supaya melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Batu diterima secara positif oleh pemimpin muda itu.


Prabakaran berkata, laporan mengenai desakan untuk memberi laluan kepada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) itu tidak menjejaskan tugas sehariannya sebagai Ahli Parlimen Batu.

Menurutnya, isu peletakan jawatan dan peralihan kuasa itu tidak pernah dibincangkan bersama Tian Chua.

“Tian Chua terkenal sebagai seorang aktivis yang aktif sejak permulaan semangat reformasi. Beliau juga tidak pernah sesekali mendesak saya dalam apa jua isu dan tidak pernah berunding secara terus dengan saya mengenai tugasan.

“Beliau juga tidak pernah meminta saya melepaskan jawatan sebagai ahli Parlimen selepas pilihan raya ataupun selepas keputusan mahkamah yang menyebelahinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, pihaknya cuba untuk mendapatkan maklumat dan pengesahan daripada beberapa NGO terlibat susulan penularan berita itu.

“Ada nama NGO yang disenarai pernah saya bantu secara langsung, ada juga NGO yang disenarai memaklumkan kenyataan yang dikeluarkan itu adalah pandangan individu dan tidak mewakili NGO terlibat.

“Saya berinteraksi dengan pengundi saya setiap hari, mereka memang inginkan seorang pemuda yang bersemangat untuk membantu menyelesaikan masalah yang mereka lalui selama ini,” katanya.

Katanya, beliau tekad memberikan penyelesaian terbaik dalam beberapa isu yang sedang ditumpukan sekarang.

“Masalah mereka sedang saya selesaikan secara beransur-ansur. Saya ingin menyumbangkan tenaga dan usaha untuk kebaikan parti serta merealisasikan agenda reformasi

“Saya akan berkhidmat untuk rakyat secara telus serta adil tanpa melepaskan mereka di pertengahan jalan,” katanya.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nilai Sebaik Mungkin Sebelum ‘buang’ Pemain: Misbun

Enam Anjing Mati Akibat Diracun