in

‘Itu bossmu, bukan bossku’- Azmin

KUALA LUMPUR – “Itu bossmu, bukan bossku.” Itulah jawapan sinis yang keluar dari mulut Timbalan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkaitan kes yang melibatkan bekas perdana menteri.

Hishammuddin pagi tadi menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan tepat dan berani selepas memutuskan untuk membuat kenyataan bersumpah di mahkamah berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.

Menurut Mohamed Azmin, itu bukanlah perkara biasa untuk bekas Naib Presiden UMNO itu menyokong bekas presidennya.

“Itu pandangan seorang ahli kepada presidennya, biarlah.

“Itu bukan presiden saya, itu bossmu, bukan bossku,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Najib diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membela diri terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan sejumlah dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Dalam perkembangan lain Ahli Parlimen Gombak itu menyangkal dakwaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang mendakwa wujudnya campur tangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kes Ahli Parlimen Pekan itu.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berpegang kepada konsep ‘rule of law’ dan pihak eksekutif tidak pernah mencampuri urusan atau persidangan dalam mahkamah.

“Kita harus menghormati keputusan mahkamah dan sesiapa yang dipanggil membela diri, mereka masih mempunyai ruang untuk membela diri dan ini adalah proses yang harus dilalui semua pihak,” katanya.

Bahkan beliau menegaskan pernah melalui proses sama selama puluhan tahun.

“Saya melalui proses yang sama puluhan tahun tapi biarlah mahkamah tentukan orang itu bersalah atau tidak, bukan pencacai seperti yang disebut itu yang cuba menghukum perdana menteri.

“Perdana menteri berpegang kepada prinsip ‘rule of law’, kita tak mencampuri urusan mahkamah. Sebab itu kalau mahkamah nak tangguh sidang, lewatkan sidang atas macam-macam alasan dibuat tertuduh, itu terpulang ke mahkamah.

“Kita tak pernah mencampuri urusan itu,” katanya.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Peluang 15 Pemain Muda Berguru di Cerezo Osaka

Hakim Dukung Anak Peguam Ketika Angkat Sumpah