in

Itu Bukan Gambar Peribadi Intan atau Zul: Osman Ali

Osman Ali selaku Pengarah drama Setelah Ku Dimiliki , menindakkan dakwaan netizen yang mendakwa gambar mesra dua pelakon utamanya, Zul Ariffin dan Intan Najuwa, sebagai salah satu strategi promosi untuk menaikkan rating drama tersebut.

Beliau mengaku sangat terkejut dengan tersebarnya dua keping gambar tersebut. Osman menegaskan bahawa gambar tersebut bukanlah koleksi simpanan peribadi Zul atau Intan sendiri.

“Sukar untuk saya ulas panjang mengenai penyebaran gambar tersebut kerana saya tidak berada di lokasi pada ketika itu. Kalau saya sendiri yang terlibat dengan babak-babak itu, saya tidak takut untuk mengakui dan memberi jawapan yang jelas.

“Apa yang penting, gambar-gambar itu bukanlah gambar peribadi Zul atau Intan. Saya rasa lebih baik Zul atau Intan sendiri yang memberi penjelasan kerana saya tidak mahu jawapan saya di salah anggap,”

Sebelum ini, gambar Zul meletakkan tangan di peha Intan turut mencetuskan kontroversi.
Dalam temu bual bersama sebuah portal berita, Osman memaklumkan, dia berada di Kuala Lumpur kerana ada urusan dan tanggungjawab pengarahan untuk montaj berkenaan diserahkan kepada penolong pengarah.

Sebelum ini, nama Intan dan Zul hangat diperkatakan setelah mereka memuat naik gambar yang menyaksikan Zul meletakkan tangan di peha Intan.

Segelintir netizen berpendapat aksi itu tidak sepatutnya terjadi lantaran Intan kini sudah bergelar tunangan orang.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cemburu Punca Pelajar Tahfiz Dibunuh

Natasha Ketuai Skuad Golf Negara Ke Filipina