in

Itulah Hakikat Politik di Perak – Zahid Hamidi

PONTIAN – “Apa yang dikatakan oleh Menteri Besar Perak itu adalah hakikat sebenar politik di negeri Perak.”


Begitulah reaksi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO mengenai penularan klip video Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Besar Perak yang mengeluh kerana perlu bekerja seorang diri untuk melindungi kepentingan Melayu di negeri berkenaan.

Ahmad Zahid mendakwa, apa yang dikatakan melalui klip video tersebut adalah masalah yang timbul di Perak khususnya apabila Menteri Besar sendiri tidak diberikan sebarang sokongan terutamanya daripada DAP.

Malah, dakwanya, DAP sendiri mempunyai calon sendiri untuk diketengahkan sebagai Menteri Besar kelak.

“Bagi saya, ini merupakan satu hakikat yang sering berlaku di negeri saya sendiri. Bagi saya, itu masalah yang mereka cipta.

“Yang penting, kita (Barisan Nasional) cuma kurang dua kerusi di Perak. Yang dua itu pun dah ‘menyeberang’ dan harap tak perlulah kita tunggu sampai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya pada Program Ramah Mesra di Pekan Kukup di sini.

“Mungkin dengan permasalahan yang timbul dalam kalangan mereka ini menjadi peluang yang baik untuk kita gunakan budi bicara politik untuk mengabung jalinkan parti-parti politik yang ada untuk bersama dengan kita,” tambahnya lagi.

Selepas penularan video itu, Ahmad Faizal tampil menafikan beliau bermasalah dengan DAP di Perak.

Jelas beliau, kenyataannya di dalam video itu dipetik di luar konteks dan hanya sebahagian kata-katanya dipetik dan bukannya keseluruhan perbualan.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pelancong Singapura Cedera Jambatan Runtuh di Batam

Cemburu Punca Pelajar Tahfiz Dibunuh