Jabatan Imigresen Malaysia – Check Blacklist

Jabatan Imigresen Malaysia – Check Blacklist secara online disini sekarang! Jangan sampai anda disekat untuk naik penerbangan AirAsia di airport nanti.

Semakan status dokumen perjalanan (passport) dan perjalanan keluar negara kini boleh dilakukan melalui sistem atas talian yang disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaywia (JIM) bagi memastikan anda tidak disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen atas pelbagai kesalahan.

Perkara penting seperti ini tidak boleh ambil mudah kerana anda mungkin di senarai hitamkan oleh Agensi Kerajaan seperti PDRM, SPRM, Bank Negara, KWSP, PTPTN, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Jabatan Penjara, perintah mahkamah ataupun diisytihar sebagai bankrap dimana boleh menghalang anda dari  meneruskan perjalanan ke luar negara atau ingin membuat memperbaharui pasport antarabangsa.

Jabatan Imigresen Malaysia telah menyediakan satu laman semakan atas talian untuk kemudahan Warganegara Malaysia untuk membuat semakan berkenaan status senarai hitam (blacklist) Imigresen atau semakan status kawalan imigresen untuk perjalanan ke luar negara.

Begitu juga dengan pihak PTPTN, pihak PTPTN telah mewujudkan satu sistem semakan atas talian untuk menyemak status sama ada disenarai hitam atau tidak untuk para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

SEMAKAN STATUS SENARAI HITAM IMIGRESEN DAN PTPTN SECARA ONLINE

Dibawah ini adalah langkah – langkah  untuk membuat semakan senarai hitam Imigresen dan PTPTN secara online :-

Semakan online Jabatan Imigresen Malaysia 

  1. klik laman web ini 👉🏽 http://sspi.imi.gov.my/sspi/
  2. Masukkan 12 digit no kad pengenalan
  3. Tekan butang semak
  4. Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara, status semakan akan memaparkan “Tiada Halangan”

Semakan online PTPTN

  1. Klik laman web ini 👉🏽 https://eform.ptptn.gov.my/semakan-senarai-hitam/index.cfm
  2. Masukkan no kad pengenalan, no. Telefon dan emel
  3. Tekan butang hantar

Jabatan Imigresen Malaysia - Check Blacklist

PUNCA DISENARAI HITAM

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan individu tersebut disenarai hitam dan dihalang ke luar negara. Antara punca – puncanya adalah seperti berikut :-

– Tidak membayar cukai pendapatan LHDNM
– Kegagalan melunaskan pinjaman PTPTN
– Gagal membayar levi pekerja asing
– Menetap di luar negara melebihi had yang dibenarkan
– Individu yang diisytiharkan bankrap
-Peniaga yang tidak membayar GST
-Majikan yang gagal melunaskan tunggakan caruman bulanan KWSP pekerja
– Perintah Mahkamah atas kesalahan sekuriti

AGENSI KERAJAAN YANG MENYENARAI HITAM

Berikut adalah senarai Jabatan Kerajaan dan agensi penguatkuasaan yang menyenaraikan nama untuk tindakan selanjutnya :

– Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
– Jabatan Pendaftaran Negara
– Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
– Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional
– Mahkamah
– Jabatan Penjara
– Jabatan Insolvensi Malaysia
– Jabatan Imigresen Malaysia
– Bank Negara Malaysia
– SPRM
– Jabatan Kastam DiRaja Malaysia
– Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Motif.my berharap agar anda tidak tergolong dalam golongan mereka yang disenarai hitam atau di blacklist imigresen. Kalau ada, mohon cepat-cepat selesaikan sekatan.

Sending
User Review
0 (0 votes)

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.