Jangan Dipukul Anak 0-3 Tahun Yang Tantrum, Basuh Muka Dan Kepala Anak Sambil Zikir

Apabila suka memiliki anak pelbagai dugaan dan rintangan yang harus dijalani dan dipertanggungjawabkan ke atas ibu bapa. Selain menyediakan makan,minum tempat tinggal , ibu bapa juga perlulah memberi perhatian dan kasih sayang supaya nak membesar dengan baik dan berjaya. Pelbagai perangai dan kelakuan anak-anak yang harus ditempuhi yang menjadikan ibu bapa memerlukan kesabaran dan sikap yang prihatin serta bertanggungjawab.

Bila anak kecil anda yang berumur dari 0-3 tahun membuat perangai seperti menangis kuat, melembik atau mengeraskan badan, mengamuk kerana mahukan sesuatu atau tiba-tiba dia meragam dan ada orang menyuruh anda memukulnya, usah diikutkan permintaan mereka itu dan usah tertekan dengan kata-kata mereka kerana perbuatan itu akan memakan diri sendiri dan akan mengganggu emosi anak-anak.
Kenapa?

Kerana ketika anak anda mengamuk, dia sedang berperang dengan emosinya, ibarat lemas dalam perasaannya dan perlulah kita tahu bahawa anak-anak pada usia ini masih belom mampu berfikir mahu bertindak secara positif atau negatif. Memukul anak itu tidak akan membawa apa-apa kesan baik. Malah kesan buruklah yang bakal datang pada masa akan datang dan akan menjadikan anak lebih kerap mengalami gejala seperti itu.

Bawa anak itu ke tempat yang lebih tenang dan tenangkan dia atau bawa anak ke tempat yang tiada orang meliha supaya anda tidak menasihati dan bagi mereka cool down orang lan melihat. Beri masa anda berdua sahaja dengan anak dan slow talk tentang apa yang membuat anak berkelakuan begitu. Basuhkan muka dan kepalanyanya perlahan-lahan dan bacakan doa-doa untuk menenangkannya. Berikan air dan usap kepalanya serta belakangnya hingga anak-anak benar-benar tenang. Ketika sedang tantrum terkadang anak bertindak kasar kepada ibu bapa. Sewaktu berdua terangkan bahawa sikap itu adalah tidak baik dan anda tidak suka akan perlakuannya itu supaya anak tahu bahawa perlakuannnya tidak disukai. Terkadang ibu bapa tidak vercakap dan menengking anak ketika kejadian tantrum berlaku dan selepas itu tiada teguran atau percakapan yang menerangkan bahawa sikap tersebut adalah tidak baik. Maka anak-anak akan lebih kerap menjadikan alasan tantrum untuk menggambarkan emosi, perasaan dan keinginan mereka.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Jika orang lain menyuruh anda memukul anak supaya nanti anak itu tidak naik kepala dan jadi degil serta sebagainya senyum sahaja dan di dalam hati berdoalah supaya Allah memberikan petunjuk kepada orang itu. Kerana secara psikologi anak-anak akan merasa tidak senang apabila dipukul walaupon kesalahan itu adalah dari mereka. Memukul anak akan membuat anak lebih cenderung mengasari orang lain dan mereka akan takut kepasa ibu bapanya tetapi tidak menghormati mereka.

Orang dewasa yang mampu berfikir dengan matang, kita diberi Allah kekuatan dan “kuasa” keatas anak kecil. Dan ingatlah dengan kuasa dan kekuatan itulah datangnya tanggungjawab. Kita bertanggungjawab memberikan anak itu rasa selamat dan dikasihi bukan dibenci, dipukul dan dicaci maki.
Anak-anak kecil ini memerlukan timbang rasa dan kasih-sayang serta contoh yang baik daripada orang dewasa dan bukan punca menjadikan mereka itu manusia yang membenci anak-anak kecil bila mereka dewasa nanti.

Bagi mereka yang selalu menggalakkan ibu bapa memukul dan menjerkah anak kecil mereka yang sedang meragam, sudah sudahlah tu. Berhentilah membuat ibu bapa itu jadi lebih stress dan cepat marah.
Bantulah ibu bapa itu untuk menenangkan anak mereka dan menenangkan ibu bapa serta memberi semangat bahawa dia boleh bersabar dan bukan memberi mereka berasa tertekan dan serba salah dengan paksaan anda. Saling membantu dan memberi tips yang boleh megurangkan tekanan ibu bapa dan anak. Sesungguhnya perjalanan dalam membesarkan anak ini sungguh mencabar.

×
Scroll to Top