in

Jangan Perbesarkan Isu Pengosongan Kerusi Parlimen Batu

KULIM – Semua pihak terutama pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta untuk tidak memperbesarkan isu pengosongan kerusi Parlimen Batu yang disandang oleh P Prabakaran itu.

Anwar (tengah) pada Konvensyen PKR Kedah, Perlis di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chio Min hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR sebaliknya meminta supaya pemimpin parti untuk memberi fokus kepada rundingan melalui saluran rasmi parti agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Perkara ini boleh dirundingkan. Setakat ini dalam pertemuan terakhir saya dengan Tian Chua, isu ini tidak dibangkitkan lagi.

“Perkara ini kita boleh bincang melalui saluran parti, tidak perlu melakukan sesuatu hal yang boleh mengeruhkan suasana dan setakat ini tak timbul,” katanya ketika ditemui media pada Konvensyen PKR Kedah, Perlis di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chio Min hari ini.

Anwar berkata, ketika ini, PKR tidak meletakkan sebarang tekanan kepada Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran untuk melepaskan jawatan memandangkan ia bukan syarat sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Prabakaran telah mendapat mandat dan kita harus hormat manakala Tian Chua pemimpin parti yang penting dan utama, perkara ini boleh dirundingkan,” katanya.

Terdahulu, Prabakaran menegaskan, beliau tidak akan mengosongkan kerusi Parlimen itu dan berikrar untuk terus berkhidmat kepada rakyat secara telus serta adil walaupun beliau menerima desakan supaya berbuat demikian daripada pelbagai pihak.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pencuci Tingkap Jadi Adiwira