Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai persembahan penyanyi Janna Nick menyanyikan lagu Gatal di pentas Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM23) apabila suaranya dikatakan seakan-akan dalam rakaman tersebut.
Menerusi perkongsian video di Instagram, Janna mengakui dia memang miming ketika beraksi di pentas AIM23.
Meminta maaf atas perbuatan memalukannya itu, Janna menjelaskan dia menghadapi masalah dengan suaranya apabila dijangkiti virus dan kehilangan suara ketika berada di Jakarta dua minggu lalu.
View this post on Instagram
Janna nick pula berkata
Peluang menyanyi di pentas besar bersama penyanyi hebat tanah air adalah impian yang dinanti-nantikan.
“Ketika pertama kali ditawarkan saya sangat berbesar hati. Akan tetapi sejak saya dijangkiti influenza dua minggu lalu, kesihatan saya amat terganggu.
“Saya meneruskan penggambaran drama Melastik Ke Hatimu 2, kerja kerja di Jakarta dan memenuhi undangan di Singapura walaupun sudah dinasihatkan doktor untuk berehat.
“Tanpa saya sedar pilihan saya memakan diri. Terima kasih kepada pihak pengurusan Warner Music sebab sama-sama usaha kembalikan suara saya,” tulisnya.