in

Jawatan Exco di Terengganu Dan Kelantan Sudah Penuh – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pada masa ini, tiada kekosongan jawatan Exco di negeri dibawah pimpinan PAS iaitu Terengganu dan Kelantan untuk diisi oleh pemimpin UMNO, jelas Timbalan Presiden PAS. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Walaupun kuota jawatan Exco telah penuh, namun permuafakatan antara dua parti masih dalam keadaan yang baik.

“Semasa keputusan PRU14, rakyat dah beri mandat dan kita setuju UMNO dan PAS menjadi satu pasukan, (UMNO) bukan pembangkang walau tak terlibat secara langsung.

“Jawatan Exco dah cukup, semua dah diisi. Macam Kerajaan Negeri Perlis, ada kekosongan dia tawarkan kepada kita.

“Jawatan semua penuh, Perlis tawarkan sebab ada kekosongan. Kita tak terima cadangan tersebut tapi kita akan bersama kerajaan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Menurut beliau lagi, pemimpin UMNO tidak campur tangan dalam pentadbiran kerajaan namun mereka terlibat dalam beberapa agensi di bawah kerajaan negeri.

“Hingga pada masa ini, dari segi kerajaan, mereka tidak masuk secara terus tetapi mereka terlibat dalam beberapa agensi bawah kerajaan negeri.

“Pada masa ini penglibatan mereka sangat baik,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cabaran Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang mencabar PAS supaya menerima sekurang-kurangnya dua orang pemimpin UMNO ke kerajaan negeri tersebut untuk membuktikan keikhlasan mereka.

Menurutnya, jika Pakatan Harapan (PH) telah membuktikan kerjasama dan kepercayaan baik dengan membenarkan parti memegang kerusi yang sedikit menjadi ketua menteri, mengapa tidak PAS juga melantik dua ahli UMNO sebagai Exco Negeri sahaja tanpa melepaskan kerusi menteri besar.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian juga menyindir Raja Kamarul Bahrin Shah dan mengatakan penawaran jawatan itu bukan hal Amanah.

“Kita dah berunding sebenarnya dalam peringkat kerajaan negeri, dan sudah mendahului Amanah. Mereka tak perlu risau, tiada kena mengena dengan Amanah,” katanya.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Motosikal Dirempuh Ambulans, Pelajar IPTA Maut

Disyaki Liwat Pelajar “Junior”, Pelajar Tahfiz Ditahan Polis