Permohonan SPA 2023 Kini Dibuka
Untuk rakyat Malaysia yang sedang mencari peluang pekerjaan, permohonan SPA 2023 untuk Jawatan Pembantu Operasi Gred N11 telah dibuka. Sila baca dan fahami dengan teliti syarat dan terma yang telah ditetapkan.
Maklumat Iklan Jawatan
Jawatan Yang Ditawarkan : Pembantu Operasi Gred N11
Tarikh Tutup : 5 Oktober 2023
Kelayakan Minima : Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Kelayakan Jawatan
a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,800.00) atau
PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]
Senarai Tugasan
(a) Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan
(b) Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.
(c) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].