Jumlah Pembayaran BPR Fasa 3 September Yang Wajib Anda Tahu

Untuk pengetahuan anda, sekiranya mengikut kepada jadual BPR 2021, bermula September ini, bayaran BPR Fasa 3 akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Bagi yang masih tertanya-tanya berkenaan BPR Fasa 3, berikut kami kongsikan beberapa maklumat berkaitan seperti tarikh pembayaran dan jumlah yang akan diterima mengikut kategori.

Tarikh Pembayaran BPR Fasa 3

Setakat ini, tiada tarikh yang terperinci diumumkan. Namun begitu, bayaran dijangka akan diterima pada bulan September 2021.

 

Jumlah Bayaran Yang Diterima

Kategori bujang tidak akan menerima bayaran pada Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan jumlah bayaran pada Fasa 1 dan Fasa 2.

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima pada BPR Fasa 3 mengikut kategori Isi Rumah:

Pendapatan Isi Rumah < RM2,500

  • Kurang dari 1 anak: RM500
  • 2 anak dan ke atas: RM1,100

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM4,000

  • Kurang dari 1 anak: RM200
  • 2 anak dan ke atas: RM600

Pendapatan Isi Rumah RM4,001 – RM5,000

  • Kurang dari 1 anak (Pemohon 60 tahun ke atas): RM200
  • Kurang dari 1 anak: RM100
  • 2 anak dan ke atas: RM200

Cara Membuat Semakan Status Bayaran BPR Fasa 3

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR Fasa 3

  • Log masuk ke laman web BPR diĀ https://bpr.hasil.gov.my/
  • Tekan butang “Semak Status”
  • Dan status bayaran / permohonan akan dipaparkan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan BPR Fasa 3, anda boleh melayari laman web BPR dan menghubungi LHDNM di:

  • LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 pagi – 5:00 petang)
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi 9:00 pagi – 5:00 petang)
  • Hadir ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih