in

Kahwin Dengan Anak Bongsu, Ini 5 Perkara Yang Mungkin Korang Kena Hadap

Siapa kat sini pasangan dia anak yang bongsu? Hehe, korang dah ready ke dengan semua jenis perangai anak bongsu ni? Orang kata anak bongsu ni banyak ragam dia. Bukan nak kata mereka ni tak baik, cuma anak bongsu ni selalu macam terlebih manja sikit kan?

So, bagi mereka yang nak mengakhiri zaman bujang dengan si anak bongsu ni, apa kata hadamkan dulu antara sikap-sikap comel mereka ni yang motif.my nak kongsi ni.

1. Agak susah nak faham dia

Kadang-kadang mood dia tu happy, tapi sekejap lagi korang boleh tengok dia tiba-tiba dia muram pulak. Mesti ada benda yang tak kena tu..

2. Cepat merajuk tapi cepat sejuk

Bab merajuk ni memang bagilah kat dia. Tetapi, dia pandai pujuk hatinya sendiri. So, tak payah risau lebih lebih. Berikan mereka masa dan ruang untuk mereka bertenang sendiri.

3. Manja

Disebabkan dah biasa dimanjakan oleh ibu dan ayah, jadi tidak mustahillah dengan korang pun dia nak terlebih manja dan selalu inginkan perhatian.

4. Kadang-kadang suka buat andaian sendiri

Kalau tak jawab soalan yang dorang ajukan tu, ada saja la yang andaian yang bukan-bukan dia fikirkan. Jadi baik korang berterus terang dan jangan sembunyi apa-apa daripada mereka tau.

5. Happy go lucky

Ceria dan suka gelak ketawa. Tak kisah la waktu ada masalah atau apa, mereka pandai menyembunyikan perasaan dan sentiasa nampak happy go lucky.

So ini antara sikap-sikap anak bongsu yang korang kenalah faham. Tak kenal maka tak cinta, betul tak?

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Orked

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Kahwin Dengan Anak Sulung, Ini 5 Karakter Mereka Yang Korang Kena Tahu

harga minyak malaysia

Harga Minyak Malaysia & Dunia